MalaysiaPolitik

Umno, PAS Mahu Teruskan Perhimpunan Anti-ICERD Kerana…

Umno dan PAS akan meneruskan demonstrasi pada 8 Disember ini walaupun kerajaan telah memutuskan untuk tidak mengesahkan Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD) dan ketegangan yang masih belum reda akibat rusuhan di Kuil Seafield Sri Maha Mariamman.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa demonstrasi itu sebenarnya menyokong keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak mengesahkan konvensyen itu.

Tetapi beliau juga menegaskan bahawa pemimpin Pakatan Harapan yang lain telah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan kenyataan Perdana Menteri.

“Perdana Menteri berkata bahawa ia adalah mustahil untuk mengesahkan ICERD, sementara bakal PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia hanya ditangguh sebelum disahkan dan yang lain mengatakan mereka tidak faham.

“Jadi kita masih ada keraguan. Kami akan menghadiri demonstrasi untuk menyatakan pendirian kami dengan aman,” kata Abdul Hadi.

Jumaat lepas, Dr Mahathir mengesahkan ICERD akan melibatkan pemindaan Perlembagaan Persekutuan dan Pakatan tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen untuk melakukannya dan beberapa parti dalam Pakatan juga tidak memihak kepada konvensyen itu.

Pembangkang mendakwa ratfikasi ICERD akan menjejaskan kedudukan istimewa orang Melayu dan penduduk asli Sabah dan Sarawak, seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 153 Perlembagaan.

Demonstrasi pada 8 Disember ini dianjurkan oleh NGO Ummah Melayu-Islam dan Sekretariat Kedaulatan Negara dan akan diadakan di Dataran Merdeka.

Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata perhimpunan akan dilakukan secara aman, dengan para peserta pelu mengikut undang-undang dan bekerjasama dengan pihak polis.

Ditanya sama ada perhimpunan 8 Disember ini telah mendapatkan lampu hijau dari pihak berkuasa untuk diteruskan, Annuar berkata beliau tidak mengetahui kerana Umno bukan penganjur.

Di Parlimen, Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ketua Wanita Umno Datuk Dr Noraini Ahmad berkata mereka akan menggerakkan dan membawa sebanyak mungkin anggota untuk perhimpunan tersebut.

Timbalan presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perhimpunan anti-ICERD walau bagaimanapun, tidak boleh dikaitkan dengan rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman.

“Ini adalah isu yang berasingan. Isu kuil melibatkan pemaju dan pemilik kuil. Ia tidak ada kaitan dengan ICERD dan kami tidak akan mengaitkannya dengan perhimpunan itu,” katanya. – The Star

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker