Sukan

Legenda The Blues Akan Ke Malaysia

Peminat Chelsea di Malaysia akan mendapat peluang untuk bertemu legenda the Blues Didier Drogba pada bulan hadapan.

Bekas penyerang Chelsea itu akan menghadiri sesi bertemu peminat di sebuah gedung membeli-belah di Petaling Jaya pada 8 Disember.

Peminat boleh menyertai sesi soal jawab eksklusif, dan akan dikendalikan oleh pengacara Astro SuperSport Amanda Chaang. Selain dari itu, pengjung juga bakal dihiburkan dengan sesi freestyle serta bergambar dengan Drogba dan berkongsikan pengalaman mereka di media sosial.

“Saya tidak sabar untuk melawat Selangor bersama Chelsea dan rakan kongsi mereka, Yokohama. Saya sangat berharap dapat bertemu peminat-peminat Chelsea di Selangor,” ujar Drogba di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Yokohama Malaysia.

Yokohama Rubber Co. adalah rakan kongsi rasmi Chelsea, yang telah memenangi Liga Perdana Inggeris sebanyak lima kali, serta merupakan juara bertahan Piala FA.

Drogba menjaringkan lebih daripada 100 gol ketika beliau bersama Chelsea di Liga Perdana Inggeris, di mana mereka memenanginya sebanyak empat kali. Drogba juga turut memenangi Liga Juara-Juara bersama kelab itu pada tahun 2012.

Drogba memenangi 12 piala besar ketika dua kali bersama kelab itu, dari 2004-2012 dan 2014-2015.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker