Sukan

Safawi Masih Bernilai Walau Tiada Jaringan Gol

Penyerang Safawi Rasid mungkin dikelaskan sebagai pemain paling bernilai di Malaysia, tetapi dia masih lagi belum berjaya menjaringkan sebarang gol buat pasukan kebangsaan di dalam pertandingan Piala AFF kali ini.

Namun begitu, bintang JDT itu berkata dia masih berpuas hati dengan persembahannya di dalam pertandingan itu.

Dalam empat perlawanan bersama Malaysia, dia hampir-hampir menjaringkan gol pertamanya dalam pertandingan itu ketika Harmiau Malaya menang 3-0 ke atas Myanmar.

Percubaannya pada minit ke-82nya sedikit tersasar selepas dia berjaya menggelecek melepasi benteng pertahanan Myanmar sebelum melepaskan rembatan padu.

Walaupun namanya tiada di dalam senarai penjaring gol, pemain berusia 21 tahun yang baru-baru ini diundi sebagai pemain Liga-M Paling Berharga untuk musim 2018 itu, agak berpuas hati dengan prestasinya.

“Saya berpuas hati dengan prestasi saya setakat ini. Walaupun saya tidak menjaringkan gol, saya membantu pasukan untuk menang,” ujar Safawi.

“Dalam dua atau tiga perlawanan pada awal pertandingan, kami mendapat banyak kritikan (mengenai prestasi pasukan). Tetapi kali ini kami melakukan dengan baik kerana saya dapat melihat yang kami semakin serasi,” tambahnya lagi.

Safawi yang bermain di tengah-tengah stadium yang penuh buat pertama kali dalam kariernya (ketika menentang Myanmar), bersyukur kepada para penyokong kerana menjadi pemain ke-12 mereka, dan dia berharap mereka akan melakukan yang sama apabila Harimau Malaya turun menentang Thailand di pusingan separuh akhir nanti.

Mengenai perlawanan pertama separuh akhir menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Sabtu nanti, Safawi berkata: “Jurulatih (Tan Cheng Hoe) memberitahu kami agak berdisiplin ketika melakukan serangan.

“Myanmer bermain secara serang-balas ketika menentang kami, tetapi kami sudah bersiap sedia, ditambah lagi dengan barisan pertahanan kami yang kukuh,” ujar Safawi.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker