AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Ramai Orang Terkejut Bila Dapat Tahu Bahawa Jack Ma Sebenarnya Adalah…

Baru-baru ini, akhbar rasmi Parti Komunis China mendedahkan bahawa Jack Ma, pengasas bersama syarikat gergasi e-dagang Alibaba, adalah seorang anggota parti itu.

Ini sekali gus memberi kejutan besar kepada orang awam yang sebelum ini menganggap bahawa hartawan itu tidak terikat dengan mana-mana pihak politik.

Dalam pada itu, Ma juga merupakan salah seorang daripada 100 individu yang akan diberi penghargaan oleh Jawatankuasa Pusat Parti Komunis bagi meraikan ulang tahun ke-40 pembaharuan ekonomi di negara itu.

Antara individu lain yang turut menerima penghargaan tersebut termasuk:

1. Ketua Pegawai Eksekutif tencent Holdings Ltd, Pony Ma

2. Ketua Pegawai Eksekutif Baidu Inc, Robin Li

3. Bintang bola keranjang, Yao Ming

4. Jurulatih bola tampar, Lang Ping

Memetik laporan Bloomberg, campur tangan politik di dalam perniagaan-perniagaan di China dilihat semakin meningkat berikutan kempen Presiden Xi Jinping yang mahu memastikan agar Parti Komunis memainkan peranan utama dalam semua aspek di dalam masyarakat.

Pada satu tahap, perkara ini juga telah mewujudkan ketegangan di antara syarikat-syarikat perniagaan swasta dan pihak kerajaan kerana berdepan konflik berhubung kepentingan masing-masing.

“Kita melihat ‘hubungan yang semakin rapat’ di antara syarikat-syarikat Internet utama China dan kerajaan, kerana kerajaan melihat mereka sebagai salah satu cara yang paling berkesan untuk merealisasikan inisiatif-inisiatif dasarnya,” kata Mark Natkin, pengarah pengurusan Marbridge Consulting.

Berdasarkan Bloomberg Billionaires Index, Ma adalah individu yang terkaya di China dengan jumlah aset bernilai AS$38.4 bilion (RM160.9 bilion).

Alibaba, yang kini bernilai AS$400 bilion, kini mendominasi e-dagang di China dan telah mengembangkan perniagaannya dalam pelbagai bidang lain.

Menurut Ma, syarikatnya juga mengutamakan pelanggan dan kakitangannya dahulu sebelum pihak pelabur.

Difahamkan, jutawan itu turut memberi sokongan padu terhadap dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Xi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada ahun 2016, Ma mencadangkan agar biro keselamatan utama China menggunakan data besar untuk membendung jenayah, sambil menggalakkan negara itu untuk membina sistem pengawasan atas talian bagi memantau populasi negara itu yang melebihi satu bilion penduduk.

Selain itu, beliau turut menyokong kenyataan Presiden Xi pada tahun lepas yang menegaskan bahawa menangani ketidaksamarataan adalah sama penting dengan meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Ujar Ma, usahawan-usahawan yang sudah kaya mempunyai tanggungjawab bagi membantu individu-individu lain untuk berjaya.

Sumber: Bloomberg

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker