AntarabangsaIsu Semasa

Rakyat Korea Selatan Sanggup Bayar Untuk Masuk Penjara

Bagi kebanyakan orang, penjara adalah tempat untuk dijauhi. Tetapi untuk warga Korea Selatan yang memerlukan rehat dari tuntutan kehidupan seharian, sehari di penjara adalah ibarat percutian.

“Penjara ini memberi saya kebebasan,” kata Park Hye-ri, seorang pekerja pejabat berusia 28 tahun yang membayar $90 untuk menghabiskan 24 jam terkunci dalam penjara buatan itu.

Dibuka sejak 2013, “Prison Inside Me” yang terletak di Hongcheon, kira-kira 100km dari ibu kota Seoul, telah menjadi tuan rumah kepada lebih daripada 2,000 banduan. Kebanyakan mereka adalah pekerja pejabat dan pelajar yang mengalami stres daripada rutin harian.

Related image

“Saya terlalu sibuk,” kata Park yang menyewa di sel 54 meter persegi di sana. “Saya tidak sepatutnya berada di sini sekarang, memandangkan kerja yang perlu saya lakukan, tetapi saya memutuskan untuk berhenti seketika dan melihat semula diri saya untuk kehidupan yang lebih baik.”

Memetik laporan AOL, peraturan penjara adalah ketat. Penghuni tidak dibenarkan bercakap dengan penghuni lain selain turut dilarang membawa telefon atau jam tangan.

Pelanggan akan menerima pakaian seragam berwarna biru, tikar yoga, set minum teh, pen dan buku nota. Mereka akan tidur di atas lantai. Terdapat tandas kecil di dalam setiap bilik tetapi tiada cermin.

Menu makanan yang ditawarkan termasuk ubi kentang kukus dan “banana shake” untuk makan malam serta bubur nasi untuk sarapan pagi.

Pengasas bersama, Noh Ji-Hyang berkata penjara itu telah diilhamkan oleh suaminya, seorang pendakwa yang sering kali melakukan kerja selama 100 jam.

“Suami saya lebih suka masuk ke dalam kurungan untuk bersendirian selama seminggu bagi mendapatkan rehat dan berasa lebih baik. Itulah permulaan kepada Prison Inside Me,” katanya.

Image result for prison inside me south korea

Dengan keadaan ekonomi Korea Selatan yang semakin kompetitif, persekitaran sekolah dan persekitaran kerja juga menjadi semakin agresif dan pakar mengatakan ia menjadi punca kepada tekanan dan kes bunuh diri yang tinggi.

Penduduk Korea Selatan bekerja rata-rata 2,024 jam pada 2017, yang ketiga terpanjang selepas Mexico dan Costa Rica, dalam kaji selidik 36 negara anggota dalam Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) sekaligus menjadi antara negara dengan kadar bunuh diri yang semakin meningkat.

Untuk membantu rakyatnya, kerajaan telah menaikkan upah minimum dan memotong waktu kerja kepada 52 jam seminggu daripada 68. Tetapi menurut pakar ekonomi, dasar itu boleh menambahkan bebanan kerja yang sedia ada.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button