Sukan

Malaysia Bakal Berdepan Thailand Di Separuh Akhir

Seperti yang dijangka, juara bertahan Thailand menduduki tempat teratas Kumpulan B di dalam pertandingan Piala AFF selepas membelasah Singapura 3-0 di Stadium Rajamangala di Bangkok pada hari Ahad.

Berdasarkan keputusan itu, mereka akan bertemu Malaysia di pusingan separuh akhir. Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk perlawanan pertama pada 1 Disember di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan kedua akan diadakan di Bangkok pada 5 Disember.

Filipina menyertai Thailand di dalam peringkat empat pasukan terakhir walaupun sekadar seri dengan Indonesia di Jakarta, dan akan berdepan juara Kumpulan A Vietnam pada 2 dan 6 Disember untuk mara ke pusingan akhir.

Pada hari Ahad, Thailand dihadiahkan sebiji gol apabila pemain pertahanan Singapura Irfan Fandi menjaringkan gol sendiri pada minit ke-12.

Jaringan Supachai Jaided pada minit ke-23 dan Adisak Kraison pada minit ke-90 melengkapkan kemenangan mereka.

Adisak merupakan penjaring terbanyak di dalam pertandingan ini dengan lapan gol, empat lagi lebih banyak daripada penyerang Malaysia, Norsharul Idlan Talaha.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker