Antarabangsa

Mesir Buka Sarkofagus Wanita

Pihak berkuasa Mesir telah membuka keranda milik seorang wanita yang dipelihara dengan baik di Luxor, Mesir selatan yang bertarikh kira-kira lebih dari 3,000 tahun.

Sarkofagus itu adalah salah satu daripada dua yang dijumpai awal bulan ini oleh sebuah misi yang dipimpin oleh Perancis di kawasan utara El-Asasef, sebuah perkuburan di tebing barat Sungai Nil.

Yang pertama telah dibuka lebih awal dan diperiksa oleh pegawai antik Mesir.

“Satu daripada sarkofagus itu adalah seperti rishi, yang bertarikh pada dinasti ke-17, manakala sarkofagus yang lain adalah dari dinasti ke-18,” kata Menteri Antikuiti Khaled Al Anani.

Dinasti ke-18 bermula pada abad ke-13 SM, yang terkenal dengan beberapa Firaun paling bersejarah, termasuk Tutankhamen dan Ramses II.

Ini merupakan kali pertama pihak berkuasa membuka sarkofagus di hadapan media antarabangsa.

Terdahulu, pihak berkuasa juga mendedahkan di kawasan yang sama makam milik penyelia makam pembedahan (overseer of mumification) yang dikenal pasti sebagai Thaw-Irkhet-if.

Makam tersebut mengandungi lima topeng berwarna dan sekitar 1,000 patung Ushabti – patung-patung hamba untuk melayan orang mati di akhirat.

Sekitar 300 meter tanah telah digali selama tempoh lima bulan untuk mendedahkan makam tersebut. Ia juga mengandungi lukisan siling berwarna yang menggambarkan pemilik makam dan keluarganya.

Makam itu, yang juga mengandungi mumia, rangka dan tengkorak, bertarikh ke kerajaan tengah (middle-kingdom), hampir 4,000 tahun yang lalu.

Orang Mesir kuno melakukan mumia untuk memelihara tubuh mereka bagi kehidupan di akhirat, manakala mumia haiwan digunakan sebagai persembahan keagamaan.

Mesir telah mendedahkan lebih daripada sepuluh penemuan purba sejak awal tahun ini.

Negara tersebut berharap penemuan ini akan mencerahkan imejnya di luar negara dan menghidupkan semula minat di kalangan pelancong ke tempat-tempat bersejarah ikonik tetapi telah mengelak negara itu disebabkan pemberontakan politik sejak tahun 2011.

 

Sumber : ABC News

Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker