Sukan

Harimau Malaya Melangkah Ke Separuh Akhir

Pasukan Malaysia menunjukan kesungguhan dan keinginan tinggi apabila mereka melangkah ke peringkat separuh akhir Piala AFF dengan menundukan Myanmar 3-0 dalam perlawanan Kumpulan A pada hari Sabtu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Anak buah Tan Cheng Hoe bermain dengan teratur, menggunakan bahagian sayap untuk mencipta peluang gol, malah mereka tidak terburu-buru apabila bola berada di kawasan mereka bagi memberi tekanan kepada pasukan the White Angels.

Malaysia menamatkan peringkat kumpulan dengan meduduki tangga kedua apabila berjaya mengumpul 9 mata, di belakang Vietnam yang menewaskan Kemboja di Hanoi, dengan 10 mata.

Norshahrul Idlan Talaha membuka jaringan buat tuan rumah Malaysia apabila dia menolak masuk bola pantul yang datang daripada sepakan gunting Mohamadou Sumareh yang terkena palang pasukan Myanmar pada minit ke-26.

Ia adalah gol ke-8 Norshahrul di dalam 24 kemunculannya pada kempen Piala AFF.

Malaysia menambah jaringan pada minti ke-3 waktu kecederaan separuh masa pertama apabila bekas juara itu dihadiahkan sepakan penalti apabila Safawi Rasid dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Radzak mengambil sepakan itu lalu menewaskan penjaga gol Myanmar Kyaw Zin Htet.

Kemudian, Zaquan bernasib baik apabila sekali lagi menjaringkan gol ketiga buat Malaysia, pada minit ke-88.

Bola clearance yang dibuat oleh pemain pertahanan Myanmar, Soe Moe Kyaw tepat mengenai kepala Zaquan dan bola itu melabung ke dalam gawang Myanmar, melepasi jangkauan penjaga gol Zin Htet, untuk golnya yang ke-10 pada musim ini.

Malaysia mendominasi perlawanan ini, tetapi penyudah yang hambar menghalang mereka untuk mendapatkan lebih banyak gol.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker