Hiburan

Dunia Sihir Harry Potter di Changi Airport

Lapangan Terbang Changi Singapura kini membawa dunia sihir dan magis Harry Potter ke alam nyata dengan menawarkan pengalaman pengembaraan yang luar biasa.

Diadakan sehingga pertengahan bulan Februari 2019, lapangan terbang kelas pertama itu merealisasikan dunia magis di tiga terminalnya dengan tema “A Wizarding World Holiday.”

Lapangan terbang itu telah memasang replika saiz sebenar lokasi-lokasi terkenal dari buku Harry Potter seperti Hogsmeade Village, kedai teh Madam Puddifoot, kedai jenaka Zonko, Owl Post dan juga kereta api Hogwarts Express di Terminal 3 bersama Diagon Alley. Terminal 2 pula, mempunyai pokok Whomping Willow.

Related image

Selain menawarkan peluang bergambar, peminat dan pengunjung juga akan dapat memakai jubah dan berpakaian sebagai ahli sihir, belajar cara menyihir serta mempraktikkan kemahiran Quidditch mereka.

Untuk sentuhan perayaan tambahan, lapangan terbang itu akan menghidupkan lagi dunia sihir dengan kehadiran salji di dalamnya yang turut dilengkapi dengan sistem pencahayaan khusus.

Pelancong dan pelawat juga akan dapat merakam gambar kenangan di Hogwarts Express dan replika berukuran bersaiz sebenar di Kedai Jenaka Zonko, Kedai Teh Madam Puddifoot, Owl Post dan Honeydukes.

Hiasan ini bukan sahaja bertepatan dengan perayaan Krismas yang semakin hampir, tetapi juga bersempena tayangan filem terbaru dari mitos sihir – Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald yang kini ditayangkan di seluruh dunia.

Related image

Salah satu hab pengangkutan terbesar di Asia Tenggara, Lapangan Terbang Changi telah diiktiraf sebagai Lapangan Terbang Terbaik di Dunia untuk kali keenam berturut-turut oleh Skytrax – sebuah konsultansi yang berpangkalan di United Kingdom yang mengendalikan laman web penilaian untuk lapangan terbang.

Dibuka pada tahun 1981, lapangan terbang itu terus berusaha untuk menjadi yang terbaik dengan peningkatan kemudahan yang konsisten dengan harapan dapat memberikan yang terbaik untuk berjuta-juta penggunanya.

Changi menawarkan pusat membeli-belah dan tempat makan bertaraf dunia, serta pilihan hiburan seperti pawagam dan perkhidmatan spa sepanjang musim sejuk yang panjang. Lapangan terbang ini  juga turut dikenali untuk hiasan perayaannya yang sungguh menakjubkan.

Image result for changi airport harry potter

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker