MalaysiaPolitik

Daripada Penulis Blog Kepada Wakil Rakyat

Sebelum menjadi seorang ahli politik, ADUN Balakong, Wong Siew Ki adalah penulis blog mengenai isu politik dan isu semasa.

Graduan Universiti Putra Malaysia (UPM), yang kini mengikuti pengajian Master dalam Pengajian Bahasa Cina, Wong memutuskan untuk melangkah ke tahap seterusnya apabila beliau mula membuat dokumentari pertamanya.

Dokumentari pertamanya membincangkan tentang kematian Teoh Beng Hock, pegawai khas kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wan. Teoh merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Wong selepas itu terus mnghasilkan lebih banyak dokumentari yang menonjolkan warisan Jalan Sultan, perjuangan untuk memelihara Kampung Pantai Dalam dan Kampung Railway, isu Anti-Lynas dan liputan Akta Hasutan selain turut membuat siri dokumentari pendek untuk DAP.

Pada 2013, beliau dijemput oleh ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah sebagai setiausaha politiknya.

Wong telah diangkat menjadi ahli majlis di Majlis Perbandaran Subang Jaya pada tahun 2016.

Pada tahun tersebut, beliau telah dicalonkan sebagai calon untuk kawasan Balakong selepas anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Eddie Ng meninggal dunia.

Mengambil alih jawatan mendiang Ng, yang terkenal di kalangan penduduk Balakong, bukanlah suatu tugas yang mudah untuk Wong yang masih lagi bertatih dalam politik.

Bagaimanapun, wanita berusia 32 tahun itu mengambil alih tempat Ng dan mula menjalankan perancangan untuk masa depan Balakong yang lebih baik.

Projek besar pertamanya adalah untuk mengubah tanggapan orang ramai tentang perbandaran itu.

“Orang berfikir Balakong hanyalah kawasan perindustrian lama tetapi kawasan ini lebih daripada itu. Saya mahu menjadikan Balakong sebagai kawasan yang lebih segar dan baru,” katanya.

Related image

Wong merancang untuk membentuk pasukan pemuda, dalam usaha untuk menurunkan umur mengundi kepada 18 tahun. Beliau berkata projek perintis ini akan memerlukan penyertaan daripada sekolah.

“Projek ini akan membolehkan belia terutamanya yang berusia di antara 13 dan 18 tahun mempunyai lebih banyak hubungan dan kesedaran mengenai isu-isu semasa,” katanya sambil menambah bahawa akan mendekati sekolah selepas memuktamadkan rancangannya.

Pasukan remaja akan didedahkan kepada kerja sosial, diberi pemahaman mengenai demokrasi dan menyediakan ruang untuk mengetahui bagaimana mereka dapat menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Wong, bagaimanapun, berkata beliau merancang untuk melakukan perkara yang berbeza di Balakong.

“Sesetengah orang terbiasa dengan cara Ng yang sentiasa ada untuk rakyat tidak kira betapa besar atau kecil sesuatu isu itu,” kata Wong.

“Masalah yang lebih kecil akan dikendalikan oleh ahli majlis kawasan. Orang mahu melihat saya di sana tetapi bukan kerana saya tidak mahu mengendalikan isu ini tetapi saya akan meletakkan kepercayaan saya kepada ahli majlis. “

Selain daripada membina imej Balakong, Wong berkata terdapat isu-isu seperti kesesakan lalu lintas dan banjir yang perlu ditangani.

Beliau berkata, untuk kawasan kerap banjir, kerja-kerja menaik taraf saluran paip telah bermula terutamanya di kawasan seperti Bandar Damai Perdana.

Berhubung dengan Taman Megah di 11th Mile Cheras, Wong berkata beliau perlu menghubungi penduduk untuk mengamalkan pembuangan sisa yang betul, kerana sistem saliran di sana sudah uzur dan tersumbat dengan sampah.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker