Menurut leaderonomics.com, pelajar aliran seni dan sastera sering dilabel lima perkara ini betul ke tidak?
-
Mereka tidak begitu pandai
Perkara pertama yang akan muncul dalam fikiran kebanyakan orang apabila pelajar tersebut memilih aliran seni untuk melanjutkan pelajaran ialah mereka telah mendapat keputusan yang teruk dalam peperiksaan PT3.
Tetapi secara realitinya mereka ini perlu menjawab secara mendalam dan meniliti tentang ekonomi, sastera Inggeris dan banyak lagi. Jika mengambil ujian, mereka perlu menjawab panjang lebar dan memerlukan beberapa keping kertas untuk satu soalan sahaja!
-
Mereka mahu menjadi artis je
Orang selalu berfikir mengambil seni anda bakal menjadi pelukis, pemuzik, penyanyi ataupun pereka. Semuanya berkaitan dengan lukisan!
Jadi kalau nak jadi ahli perniagaan, akauntan, peguam malah pakar psikologi, nak ambil aliran apa? Jawapannya ialah dengan mengambil aliran seni di sekolah. Oleh itu sebenarnya pelajar yang mengambil aliran seni ini mempunyai lebih banyak pilihan kerja.
Jika anda berminat untuk menjadi jururawat, pakar fisio atau komputer pula mereka boleh sahaja mengambil kursus ini semasa memasuki universiti kelak.
-
Aliran seni sangat senang untuk ‘score’
Masyarakat akan menilai anda mengambil subjek yang mudah untuk dapat ‘A’ dengan menilai pendidikan seni, sastera Inggeris subjek senang dan tidak memerlukan kesungguhan seperti mengambil matapelajaran kimia, fizik.
Namun begitu, jika diberikan alat seni kepada orang yang tidak minat  dan tiada kreativit untuk melukis tidak mudahlah seseorang untuk mendapat ‘A’ sama seperti dalam matapelajaran sastera. Jika seseorang itu tidak dapat menganalisa perenggan dalam sesebuah teks sastera dan menghasilkan pendangan kritikal mereka sendiri sudah pasti mendapat ‘A’ untuk akan menjadi sukar.
-
Tidak akan mendapat pekerjaan
Ramai yang fikir apabila memasuki alam pekerjaan nanti anda tidak akan mendapat gaji yang tinggi. Realitinya kebanyakan syarikat yang memerlukan pekerjaan seperti akauntan, komunikasi, pemasaran dan pendidikan di luar sana.
-
Mempunyai masalah sosial
Entah kenapa tetapi masyarakat sering mengaitkan antara pelajar aliran seni dan masalah sosial dan sentiasa mencari hal. Walau bagaimanapun terdapat ramai yang akhirnya menjadi orang berjaya setelah tamat persekolahan.
Oleh itu stigma masyarakat tentang pelajar aliran sains lebih bijak berbanding pelajar aliran seni/sastera perlu dihapuskan kerana setiap pelajar mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing. Bagi pelajar yang mengambil jurusan ini, jangan mudah putus asa buktikan kepada masyarakat, anda juga boleh berjaya!
Sumber Imej Terencana:Â rekakerjasenivisual.blogspot.com