Sukan

Sumareh Tumpu Perhatian Kepada Perlawanan Menentang Myanmar

Penyerang Malaysia yang dilahirkan di Gambia, Mohamadou Sumareh kekal tenang walaupun terdapat laporan menyatakan keraguan mereka terhadap prestasinya ketika bermain untuk Malaysia.

Buat masa ini, Sumareh hanya mahu menumpukan perhatian mengembalikan kecergasannya ke tahap tertinggi berikutan kecederaan hamstring yang diterimanya ketika Malaysia menang 3-1 ke atas Laos pada 12 November yang lalu.

Pemain berusia 24 tahun itu enggan memberikan ulasan mengenai laporan yang meragui prestasinya di dalam pertandingan Piala AFF kali ini, di mana dia masih lagi belum menjaringkan sebarang gol di sepanjang tiga perlawanan.

Sementara itu, penyerang veteran Norshahrul Idlan Talaha yang dipanggil oleh jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe telah menjaringkan tiga gol.

“Buat masa ini, saya tiada apa yang mahu dikatakan,” ujar Sumareh.

Sebagai pemain naturalisasi pertama pasukan kebangsaan di era moden, Sumareh telah menarik tumpuan ramai peminat dan penyokong bola sepak tempatan.

Sumareh sedang merasa tekanannya tetapi dia boleh mendapatkan sokongan peminat jika dia dapat membantu  Harimau Malaya menewaskan Myanmar di dalam perlawanan kalah-mati di dalam pertandingan Piala AFF hari ini.

“Saya sedang menumpukan perhatian untuk kembali cergas sepenuhnya selepas kecederaan hamstring saya. Apa yang saya mahukan adalah kemenangan buat Malaysia pada hari Sabtu.

“Hanya pada ketika itu saya akan menjawab sebarang persoalan mengenai apa sahaja,” tambah Sumareh.

Selepas tiga perlawanan, Malaysia menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan A, dibelakang Myanmar dan Vietnam.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker