Gaya HidupMakan & Minum

Serangga Sebagai Sumber Makanan Protein Baharu?

Teringin menikmati cengkerik panggang sebagai snek ringan? Kini penduduk di London tidak perlu lagi bersusah-payah ke negara Asia kerana serangga itu telah mula dijual di pasar raya tempatan.

Sainsbury telah menjadi rantaian pasaraya British yang pertama menjual serangga yang boleh dimakan dalam usaha untuk meningkatkan sumber makanan yang mampan dan menghasilkan gas rumah hijau yang lebih sedikit.

“Snek serangga tidak boleh lagi dilihat sebagai gimik atau sesuatu yang berani,” kata Rachel Eyre, ketua jenama masa depan di Sainsbury.

“Sudah jelas bahawa pengguna semakin tertarik untuk meneroka sumber protein mampan baru ini,” kata Eyre dalam satu kenyataan.

Pakar pemakanan dan saintis telah lama memaklumkan penggunaan serangga untuk manusia sebagai sumber protein yang mampan dan murah, walaupun serangga adalah sesuatu yang menggelikan bagi kebanyakan orang.

Serangga boleh menjadi sumber lemak, protein, vitamin, serat dan mineral, menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) PBB.

Pertumbuhan penduduk global dan kelas menengah yang berkembang telah menaikkan penggunaan daging per kapita sebanyak 50 peratus sejak empat dekad yang lalu, tetapi pengkritik mengatakan tren itu tidak dapat dikekalkan oleh alam sekitar.

Terdapat juga kebimbangan mengenai kesan alam sekitar terhadap penanaman tanaman intensif dan memancing komersial.

“Apabila populasi meningkat, kita perlu melihat sumber-sumber protein alternatif untuk memanfaatkan sepenuhnya tanah untuk pengeluaran makanan,” kata Duncan Williamson, pakar sistem makanan global di WWF UK.

“Serangga sangat mampan dan dapat membantu mengurangkan jejak karbon kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Secara global, sekurang-kurangnya 2 bilion orang menikmati serangga yang memerlukan kurang tanah dan air berbanding lembu dan lebih daripada 1,900 spesies erangga telah digunakan sebagai makanan, menurut FAO.

Syarikat serangga yang boleh dimakan Eat Grub, yang beroperasi di Belanda akan membekalkan cengkerik di 250 kedai Sainsbury. Hampir 10 peratus orang Inggeris telah cuba memakan serangga.

Tetapi Eat Grub mahu lebih ramai pengguna memasukkan makanan ringan itu dalam diet tidak kira sama ada mengambil cengkerik panggang sebagai makanan ringan atau menggunakan tepung cengkerik dalam pembuatan kek.

“Kami mempunyai misi untuk menunjukkan kepada Barat bahawa selain mempunyai kelestarian yang sangat kuat terhadap alam sekitar, cengekrik juga sangat lazat,” kata pengasas bersama Eat Grub, Shami Radia.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker