Isu SemasaTempatan

Pemandu berhemah di jalan raya akan diberi ganjaran

Bermula tahun hadapan, pemandu yang mempamerkan sikap berhemah dan berdisiplin di jalan raya akan diberi ganjaran seperti petrol dan rebat tol atas tingkah laku mereka yang baik.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata idea itu dikemukakan oleh Petroliam Nasional Berhad (Petronas) kepadanya semalam.

Cadangan itu, katanya, adalah sesuatu yang sangat dialu-alukan. Beliau menyatakan komitmen kementeriannya untuk mempertimbangkannya sebagai sebahagian daripada usaha untuk mewujudkan pemandu yang berhemah dan seterusnya akan menangani isu keselamatan dan kematian di jalan raya.

Bercakap pada sidang akhbar majlis pelancaran Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS18) di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), beliau berkata kementerian bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja untuk meningkatkan tahap kesedaran keselamatan jalan raya.

“Semasa melawat pameran tadi, seorang wakil Petronas memberitahu saya tentang idea untuk mempunyai program ganjaran kepada pemandu yang berhemah. Sebahagian konsep itu akan dilaksanakan tahun depan,” katanya.

Loke berkata beliau percaya pendekatan ini akan menjadi strategi yang paling berkesan dalam mendidik orang ramai supaya menjadi pemandu yang berhemah.

“Kita perlu memberikan ganjaran sebagai motivasi untuk memaksa para pemandu untuk mengubah sikap mereka dan mematuhi undang-undang ketika berada di jalan.

“Pada masa yang sama, jika mereka enggan berubah, kita perlu menghukum mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, Loke berkata beliau difahamkan bahawa Petronas sedang membangunkan satu aplikasi yang dapat menilai sikap pemandu.

“Apabila permohonan dimulakan, ia dapat menilai sama ada pemandu memandu dengan betul atau sebaliknya. Sebagai contoh, jika seseorang mencapai skor tertentu dalam tempoh sebulan, maka mereka layak untuk menrima petrol dan rebat tol.

“Ini adalah ganjaran untuk menarik minat orang suapaya lebih berhemah di jalan raya. Saya yakin ia akan diterima dengan baik di kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Memetik laporan NST, pada bulan September, Loke menyatakan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan tawaran diskaun untuk insurans kenderaan kepada pemandu berhemah bermula tahun depan, dan ia akan memulakan perbincangan dengan Persatuan Insurans Automotif Malaysia (PIAM).

Diskaun itu, katanya, boleh diberikan kepada pemandu yang memandu tanpa melanggar apa-apa kesalahan undang-undang lalu lintas sepanjang tahun.

Loke, dalam ucapannya pada majlis pelancaran itu, berkata jumlah kenderaan di Malaysia dijangka meningkat kepada 31 juta menjelang 2030. Kerajaan sedang membuat persediaan untuk menghadapi ini termasuk isu berkaitan keselamatan dan pencemaran.

“Bilangan kenderaan terus meningkat kerana keperluan orang ramai mempunyai kenderaan sendiri. Kerajaan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, tetapi kita tidak ada dasar untuk menghalang pemilikan kereta,” katanya.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker