HiburanTeknologi

Edisi Khas Yang Menarik Untuk Kingdom Hearts 3

Akhirnya, permainan popular Kingdom Hearts 3 akan berada di pasaran pada Januari 2019 nanti.

Kingdom Hearts merupakan permainan aksi fantasi mengabungkan watak dari Square Enix dan Disney.

Mendekati tarikh pelancaran, Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan beberapa edisi khusus untuk permainan ini.

Terdapat 3 jenis versi edisi yang diumumkan iaitu edisi Deluxe, edisi fizikal dan edisi digital yang kini boleh dibeli secara pra-tempah.

Bagi edisi Deluxe Kingdom Hearts 3, ia dijual pada harga RM349 dan turut mengandungi item-item ini:

  • Permainan penuh Kingdom Hearts 3
  • Buku karya seni
  • Bekas besi
  • Pin bertemakan Kingdom Hearts

Bagi versi fizikal dan digital, ia hanya mengandungi permainan itu sahaja dan dijual pada harga RM239 dan RM229.

Satu keyblade khas akan turut disertakan secara percuma kepada semua pembeli pra-tempahan sebagai salah satu senjata.

Kepada yang berminat untuk mencuba bermain permain ini, PlayStation Store dan Square Enix telah mengeluarkan demo permainan Kingdom Hearts 3, Play Everything Lounge.

Satu lagi edisi terkumpul, Kingdom Hearts All-In-One turut dikeluarkan secara digital yang mengandungi permainan Kingdom Hearts 3 berserta Kingdom Hearts HD 1.5 + 2.5 ReMi dan Kingdom Hearts 2.8 Final Chapter Prologue pada harga RM429.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker