Gaya HidupKesihatan

Bila IbuBapa Perlu Risau Tentang Pertuturan Bayi?

Setiap bayi mempunyai kadar tumbesaran yang berbeza antara satu sama lain begitu juga kadar kebolehan mengeluarkan kata-kata. Namun bilakah sebenarnya ibubapa perlu risau tentang hal ini?

Bayi berusia 12 – 15 bulan

  1. Tidak memahami objek yang biasa dilihatnya contoh botol, kereta
  2. Tidak memanggil anda menggunakan “ma” atau “ba”
  3. Tidak pernah mengeluarkan kata-kata bermakna

Bayi berusia 18-21 bulan

  1. Timak memahami ayat yang sering disebut oleh ibubapa contonya “peluk mama”, “cium ayah”
  2. Tidak beri petunjuk ke arah bahagian pada badan
  3. Tidak pernah menyuarakan sebarang perkataan atau sangat sedikit perkataan yang boleh disebut

Bayi berusia 24 bulan

  1. Dilihat tidak memahami soalan atau arahan mudah seperti “Nak susu?” “Ayah mana?”
  2. Hanya bercakap kurang daripada 25 perkataan berbeza
  3. Tidak dapat mencantumkan dua perkataan. contohnya “nak air” “nak main”
  4. Hanya boleh mengikut aksi dan cakap tetapi tidak akan menyuarakan sebarang perkataan secara spontan

Bayi berusia 36 bulan

  1. Tidak memahami soalan atau arahan yang lebih panjang contohnya “Ambil kasut adik dan letakkan dalam almari”
  2. Tidak mencantumkan perkataan menjadi ayat yang panjang. Contohnya “mama, saya nak biskut”

Tanda-tanda bayi mungkin mengalami gangguan percakapan

  1. Mengeluarkan bunyi tidak matang untuk umurnya (hanya mengeluarkan satu atau dua perkataan_
  2. Tidak boleh menyebut perkataan pada usia yang sepatutnya

Tanda-tanda bayi mungkin gagap

  1. Bunyi seperti sebahagian daripada perkataan yang disebut berulang-ulang kali
  2. Memanjangkan bunyi sesuatu perkataan contohnya “Ddddddan saya mahu yang itu juga”
  3. Mahu bercakap tetapi tidak mengeluarkan bunyi
  4. Matanya terkebil-kebil apabila hendak bercakap

Masalah berkaitan dengan percakapan ini selalunya disebabkan oleh masalah lisan mungkin kerana lidah ataupun lelangit.

Ia juga boleh juga kerana masalah motor lisan di mana otak bayi tersebut tidak dapat berhubung dengan ucapan yang menyebabkan kordinasi dengan bibir, lidah dan rahang tidak dapat menghasilkan bunyi.

Kaitan dengan kecederaan otak, autism atau masalah pendengaran juga boleh mengakibatkan masalah ini,

Jika anda dapat mengesan perkara ini pada bayi anda, segeralah membawanya berjumpa pakar.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker