Sukan

Bo Bo: Harimau Malaya Boleh Teruskan Bermimpi

Myanmar telah mengeluarkan amaran kepada Malaysia agar tidak meletakan harapan yang terlalu tinggi untuk mara ke pusingan separuh akhir di dalam Piala AFF, kerana mereka tidak akan membiarkan Malaysia terlepas dengan mudah. Mereka turut mengatakan akan melakukan apa sahaja untuk menewaskan Malaysia apabila kedua-dua pasukan ini bertembung di dalam perlawanan akhir Kumpulan A di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini.

Myanmar yang dilatih oleh Antoine Hey dari Jerman telah membuktikan bahawa mereka bukanlah pasukan belasahan apabila mereka berjaya mengecewakan Vietnam sehingga tamat perlawanan dengan keputusan seri tanpa gol di Yangon pada hari Selasa.

Keputusan itu meletakkan Myanmar pada kedudukan yang sama dengan Vietnam di tangga teratas Kumpulan A dengan tujuh mata, hanya dibezakan dengan jumlah jaringan gol. Mereka kini hanya perlu seri dengan Malaysia untuk mara ke pusingan separuh akhir pertandingan itu.

Pada masa yang sama, pemain tengah Myanmar, Hlaing Bo Bo percaya mereka telah menunjukkan bahawa mereka adalah pasukan yang layak bertandingan untuk mendapatkan pingat berdasarkan prestasi semasa mereka.

“Kami tahu Vietnam dan Thailand di atas kertas, adalah pasukan terkuat rantau ini, tetapi malam tadi (Selasa) kami menunjukkan kepada orang ramai bahawa kami nenpubyai apa yang perlu dan kami sangat berbisa dan tidak patut dipandang ringan,” ujar Bo Bo melalui satu kenyataan yang dimuat naik ke laman web www.affsuzuki.com.

Skuad the White Angels ini tidak pernah menjejakkan kaki ke pusingan akhir Piala AFF, sementara keputusan terbaik mereka setakat ini adalah menjejakkan kaki di peringkat separuh akhir pada edisi 2004/06 dan 2016, di mana mereka tewas kepada Malaysia yang berjaya merampas kemenangan 1-0 di Yangon.

Walaupun mereka hanya sekadar perlu seri untuk melangkah ke separuh akhir, Bo Bo berkeras mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kemenangan dan tidak akan menerima sebaliknya.

“Kami tidak akan bermain sekadar untuk seri, kami mahukan ketiga-tiga mata dan hanya kemenangan yang kami mahukan,” ujar pemain kelab Yadnarbon FC itu.

Walaupun begitu, Bo Bo mengaku juara 2010 Malaysia tidak akan mudah untuk ditewaskan kerana pasukan Harimau Malaya mempunyai kelebihan bermain di tempat sendiri di hadapan ribuan penyokong, seperti mana Myanmar lakukan semalam (Selasa) di Yangon ketika berdepan VIetnam.

“Kami bermain dengan sangat baik ketika menentang Vietnam, dan kami akan bermain seperti itu ketika menentang Malaysia demi membalas kembali kepercayaan dan sokongan yang telah diberikan oleh para penyokong kami. Kami akan bermain bermati-matian pada Sabtu ini dan memastikan kami memperoleh mata penuh dan menerukan perjalanan di dalam pertandingan ini.” tekan Bo Bo.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Baca Juga

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker