AntarabangsaGaya HidupIsu SemasaPercutian

Airbnb Keluarkan Penempatan Israel Dari Senarai Sewaan

Syarikat sewa rumah Airbnb telah mengumumkan rancangan untuk mengeluarkan penempatan Israel di Tebing Barat dalam senarai penyewaannya, satu langkah yang berlaku selepas beberapa tahun menerima tekanan dari kumpulan hak asasi manusia Palestin.

Syarikat yang berpangkalan di AS itu mengatakan ia kini mempunyai kira-kira 200 penyenaraian di penempatan Israel di Tebing Barat dan membuat keputusannya selepas bercakap dengan “pelbagai pakar”, termasuk pengkritik penyenaraian Airbnb di wilayah Palestin yang diduduki.

“Kami membuat kesimpulan bahawa kami perlu mengeluarkan senarai di penempatan Israel di Tebing Barat yang masih berada di tengah-tengah pertikaian antara Israel dan Palestin,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan di laman webnya.

“Harapan kami adalah suatu hari nanti, rangka kerja dilaksanakan di mana seluruh komuniti global diselaraskan sehingga akan ada resolusi kepada konflik ini dan jalan yang jelas untuk semua orang ikuti,” kata Airbnb.

Penempatan Israel di Tebing Barat adalah melanggar undang-undang antarabangsa, yang menyatakan bahawa sesesuatu kuasa tidak dapat memindahkan penduduknya ke dalam wilayah yang diduduki.

Aktivis Palestin dan antarabangsa telah mendesak selama bertahun-tahun supaya Airbnb menghapuskan senarainya di penempatan itu, dengan mengatakan mereka mempromosikan “diskriminasi struktur, pencurian tanah Palestin, dan pelanggaran langsung undang-undang antarabangsa”.

“Melalui bayaran pendapatan dari penyewaan, Airbnb secara langsung mendapat keuntungan dari penjajahan dan pelupusan penduduk Palestin,” tulis sebuah petisyen yang dilancarkan pada 2016 oleh kumpulan hak, termasuk Jewish Voice for Peace dan CODEPINK.

Lebih daripada 153,000 orang telah menandatangani petisyen yang menuntut Airbnb untuk menggantung penyenaraian rumah sewa di penempatan berkenaan.

Walau bagaimanapun, ia masih tidak jelas bila penyenaraian di penempatan haram itu akan dibuang oleh Airbnb.

Pada petang Isnin, beberapa penyenaraian di penempatan Israel masih terdapat di laman web Airbnb, lapor MEE.

Jurucakap Airbnb memberitahu Reuters pada Isnin bahawa keputusan itu akan berkuatkuasa dalam tempoh beberapa hari lagi.

Sarah Leah Whitson, pengarah Human Rights Watch (HRW) di Timur Tengah dan Afrika Utara, menyambut baik keputusan Airbnb.

“Ini adalah hasil yang tepat, Kudos,” tulisnya di Twitter, sambil menambah bahawa keputusan itu akan membantu mengurangkan konflik sedia ada.

Memetik surat yang dihantar kepada Airbnb pada tahun 2016, jabatan hal ehwal perundingan Palestine Liberation Organization mengecam kenyataan Airbnb kerana menggambarkan lokasi penempatan di Tebing Barat sebagai “tanah tertakluk kepada pertikaian sejarah”.

“Penempatan Israel adalah haram dan dibina di tanah Palestin yang diduduki di Tebing Barat, termasuk Baitulmuqaddis Timur yang diduduki, dan bukan masalah pertikaian sejarah,” kata jabatan itu di Twitter.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker