Sukan

Goh Jin Wei Juara Dunia Sekali Lagi

Goh Jin Wei dinobatkan sebagai juara Kejuaraan Dunia Junior buat kali kedua!

Pada hari Ahad, pemain badminton berusia 18 tahun itu mencatatkan tahun terbaik buat dirinya selepas penampilannya di dalam kejuaraan dunia junior, di mana Jin Wei menewaskan  Line Christophersen dari Denmark 21-13, 21-11 dalam kategori perseorangan wanita di Markham, Kanada.

Kali terakhir Jin Wei dinobatkan sebagai juara adalah pada edisi 2015 di Lima, Peru.

“Ia mungkin kelihatan mudah, tetapi pertandingan ini sedah sememangnya sukar sejak dari awal lagi,” ujar Jin Wei.

“Bagi saya, ada saat manis dan pahitnya, terutamanya selepas perlawanan beregu campuran. Saya berasa tertekan.

“Saya berasa sangat gembira kerana memenanginya semula,”

Pemain kelahiran Pulau Pinang, yang telah dinobatkan sebagai juara Sukan Olimpik Belia bulan lepas di Buenos Aires, kini tergolong di antara beberapa pemain elit yang telah memenangi kejuaraan dunia junior lebih dari sekali sejak pertandingan ini diperkenalkan pada tahun 1992.

Di antara pemain-pemain terkenal yang berjaya mencapai kejayaan itu adalah bekas juara dunia, Ratchanok Intanon dari Thailand (2009,2010,2011), Akane Yamaguchi dari Jepun (2013,2014) dan Chen Jin dari China (2002, 2004)

DI dalam perlawanan akhir beregu wanita, Pearly Tan-Toh Ee Wei gagal mencapai kemenangan untuk menjadikan ia kemenangan kedua buat Malaysia.

Pasangan itu telah melakukan dengan sangat baik sehingga berjaya melangkah ke pusingan akhir, tetapi tewas 21-16, 21-16 kepada beregu nombor satu dunia, Liu XuanXuan-Xia Yuting dari China.

Kali terakhir pasukan kebangsaan membawa pulang kejuaraan Dunia Junior lebih daripada satu acara adalah pada tahun 2011, melalui Zulfadli Zulkifli (perseorangan lelaki) dan Nelson Heg-Teo Ee Yi (beregu lelaki)

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close