Gaya HidupPercutian

Palau: Anda Perlu Menandatangani Perjanjian & Diharamkan Guna Losyen Pelindung Matahari Untuk Ke Pulau Ini

Palau yang terletak di barat Lautan Pasifik dan dipertengahan Australia dan Jepun ini amat terkenal sebagai salah satu destinasi menyelam terbaik dunia.

Namun begitu, kerajaan Palau sangat risau dengan kepopularan pulau yang cantik ini kerana ia mungkin akan memudaratkan ekosistem semulajadi pulau tersebut dengan kedatangan ramai pelancong.

Seorang jurucakap bagi Presiden Tommy Remengesau berkata terdapat bukti saintifik bahawa bahan kimia yang terdapat dalam kebanyakan losyen pelindung matahari adalah toksik kepada batu karang pada kadar dos perminit.

Kawasan menyelam ini pada biasanya akan menerima pelancong untuk menyelam sebanyak empat buah bot setiap jam.

Oleh itu ini bersamaan bergalon losyen yang juga berenang bersama di lautan Palau.

Salah sebuah hotel di Pulau Palau – Wyndham Palau Hotel

 

Pihak kerajaan telah meluluskan pengharaman losyen bertoksik untuk batu karang yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2020.

Sesiapa saaja yang ditangkap mengimport atau menjual losyen ini bermula tarikh penguatkuasaan, mereka akan didenda US$1,000 (RM4,180) manakala jika pelancong membawanya ke Palau, ia akan dirampas oleh pihak berkuasa negara.

 

Ini merupakan inisiatif pertama dunia untuk membanteras pencemaran kimia yang bakal membunuh aset penting pulau tersebut, iaitu batu karang.

Pulau Hawaii di Amerika juga telah mengambil pendekatan yang sama dengan Palau apabila telah mengumumkan pengharaman losyen pelindung matahari pada Mei tahun ini tetapi hanya akan menguatkuasakannya pada tahun 2021.

Ada apa dengan losyen pelindung matahari?

Losyen ini dikatakan mengandungi bahan kimia seperti oxybenzon, oktokrilin dan paraben yang terdapat dalam hampir semua jenama terkemuka yang menghasilkan produk losyen pelindung matahari ini.

‘Aku Janji Palau’ Menghormati Alam Sekitar Wajib Ditandatangani Para Pelancong

Palau sering menjadi pelopor dalam melindungi hidupan laut; Antaranya ialah dengan mengadakan tempat lindungan ikan yu pertama dunia pada tahun 2009. Perkara ini menjadi ikutan banyak pulau-pulau lain.

Ia juga telah mengharamkan penangkapan ikan secara komersial di perairan mereka dan pada tahun lalu mereka telah memperkenalkan “Aku Janji Palau” di mana setiap pelancong antarabangsa perlu menandatangani perjanjian yang ditampalkan di dalam passport mereka untuk menghormati alam sekitar.

Palau Menjadi Perhatian Dunia

Pengarah Eksekutif Haereticus Environmental Laboratory di Hawaii, Criag Downs berkata ramai akan melihat langkah yang dilakukan di Palau kerana ia sebuah gerakan yang baik untuk menyelamatkan batu karang dan alam sekitar.

Downs berkata terdapat banyak makalah saintifik yang menunjukkan hubungan losyen pelindung matahari dengan pengurangan batu karang.

Oleh itu apabila terdapat peningkatan pelancong, pencemaran losyen pelindung matahari ini juga akan meningkat. Malah, ia boleh memberi kesan ke atas batu karang pada jarak 5km.

Downs menyarankan syarikat mengeluarkan losyen ini untuk melakukan inovasi dan pembaharuan kerana ia belum dilakukan sejak 50 tahun yang lalu. 

Menurut Downs, terdapat losyen pelindung matahari yang mengandungi zink oksida dan titanium dioksida yang tidak akan menyebabkan toksik tetapi terdapat alternatif lain yang lebih berkesan iaitu dengan memakai pakaian renang yang menutupi hampir keseluruhan kulit anda.

“Tutuplah diri anda, pakai ‘sunshirt’”, saran Downs.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker