TeknologiTempatan

TM Harus Lebih Prihatin – Gobind Singh Deo

Berikutan satu twit kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo, Beliau mengesa pihak TM memberikah lebih perhatian terutama pengguna Streamyx.

Menurut twit yang diterima, pengguna bernama Shafiq Izwan mengeluh dengan harga bil Streamyxnya yang tidak masuk akal sedangkan harga Unifi jauh lebih murah.

Tuntutan harga tersebut dikatakan tidak adil kerana kelajuan yang diterima melalui Streamyx hanya 4mbps pada harga RM140 berbanding harga Unifi 10mbps hanya RM129.

Menteri tersebut meminta pihak TM memberikan penjelasan dan jalan kepada pelanggan-pelanggan Streamyx mereka dan tidak hanya berdiam diri dan terus mengenakan cas perkhidmatan.

Pada Julai 2018, TM telah mengumumkan naik taraf perkhidmatan Streamyx dimana 340,000 pengguna yang berada di dalam kawasan kabel fibre akan ditukarkan kepada akaun Unifi, manakala pengguna yang berada di luar kawasan akan menerima tambahan kelajuan sebanyak 2 kali ganda.

Namun, sehingga kini keadaan penaik taraf perkhidmatan tersebut masih tidak sepenuhnya dan TM juga tidak mengemas kini harga yang bersesuaian untuk pengguna Streamyx dan ini menjadikan masalah.

Rata-rata pengguna Streamyx tidak berpuas hati pada harga yang ditetapkan, bukan isu kelajuan internet.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker