MalaysiaPolitik

Bolehkah Malaysia Menyelamatkan Demokrasi?

Dalam landskap politik di kebanyakan negara, demagog akan menggunakan agenda kebencian dan hasutan di mana golongan minoriti akan dipaparkan sebagai pihak yang harus diketepikan. Namun di Malaysia, permainan politik demagog amat berbeza dengan negara lain.

Skandal 1Malaysia Development Bhd, dana pelaburan negara yang lebih dikenali sebagai 1MDB, telah menawarkan seorang watak antagonis yang tidak perlu direka-reka dalam drama politik Malaysia Baharu, iaitu bekas Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya yang dituduh menyeleweng ratusan juta dolar dari dana itu kepada bank yang didakwa membantu mereka.

Bulan lalu, Jabatan Kehakiman AS mendakwa sekurang-kurangnya tiga orang pegawai kanan bank di Goldman Sachs Group Inc. terlibat dalam penipuan terbabit.

Dua daripada mereka dituduh menyuap pegawai di Malaysia dan melabur beratus-ratus juta dolar, sambil menaja gaya hidup mewah. Salah seorangnya ialah bekas ketua Asia Tenggara Tim Leissner, telah mengaku bersalah atas dua pertuduhan konspirasi.

Salah seorang rakan Malaysia mereka didakwa membayar US $27.3 juta kepada seorang pakar perhiasan New York untuk mereka bentuk kalung berlian merah jambu untuk isteri Najib, Rosmah Mansor.

Goldman Sachs, yang menaikkan US $6.5 bilion untuk 1MDB dan memperoleh beratus-ratus juta dolar melalui yuran dan komisen, kini menghadapi pengawasan dari pendakwa raya persekutuan.

Demagog cenderung untuk mendapat keuntungan dari pendedahan yang terang-terangan sebegini. Dan mereka sering berbuat demikian dengan mencanang teori konspirasi dan menggunakan hak-hak majoriti etnik atau kaum yang telah dirampas.

Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad, yang menggulingkan Najib dalam pilihan raya lepas kerana kemarahan orang ramai terhadap skandal 1MDB, nampaknya menjadi watak demagog dalam permainan ini.

Sebagai perdana menteri semasa krisis kewangan Asia pada akhir 1990-an, Mahathir melancarkan serangan “spekulator mata wang” Barat dan bermain dengan stereotaip anti-Semitik dan menyalahkan George Soros atas masalah yang melanda Malaysia.

Semasa berkuasa dari 1981 hingga 2003, Mahathir juga merupakan pendorong nasionalisme perkauman, yang meningkatkan majoriti Melayu ke atas kaum minoriti Cina dan India. Belaiu juga memecahbelahkan media, memenjarakan lawannya dengan tuduhan yang tidak masuk akal dan memimpin regim kapitalisme kroni.

Memandang kepada rekod ini, pemilihan semula beliau sebagai PM mencetuskan kebimbangan bahawa Malaysia mungkin akan mengikut jejak Thailand, Kemboja dan Myanmar yang dikawal di bawah peraturan autoritarian.

Sebaliknya, perubahan politik yang luar biasa telah berlaku di Malaysia di mana autokrat lama itu telah menjenamakan semula dirinya sebagai demokrat dan multikulturalis.

Dalam kempen pilihan raya beliau, Mahathir secara berkesan melontarkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Malaysia dari semua latarbelakang etnik dan kaum, terutamanya golongan muda.

Mengetuai Pakatan HARAPAN, gabungan parti yang unik dan individu yang tersohor , termasuk orang yang ditindasnya dengan kejam, mantan nasionalis Melayu itu berjaya menyatupadukan undi berbilang kaum di negaranya.

Di pejabat, Mahathir telah berusaha untuk menegaskan kedaulatan politik dan ekonomi negaranya. Sama ada memeriksa semula projek-projek yang ditaja oleh China atau meminta bayaran balik daripada Goldman Sachs, beliau melakukan apa yang perlu dilakukan setiap ahli politik hari ini: menguruskan kebajikan ramai lebih penting daripada memperkaya individu tertentu.

Beliau telah memberi tumpuan kepada kes-kes tertentu yang sedia wujud tanpa perlu memburukkan masyarakat atau mencipta watak antagonis baru. Matlamatnya adalah untuk mempamerkan ketelusan, bukan mencari penyelesaian dan sokongan untuknya tersebar meluas.

Tidak mustahil, dalam masa beberapa bulan menjadi ketua negara, Mahathir mungkin kembali kepada cara autoritariannya. Mudah-mudahan, golongan reformis yang bersama- sama beliau di Putrajaya mampu mengatasi naluri yang buruk ini.

Sudah tentu, ia cukup mudah untuk mengemudi permainan politik apabila watak antagonis sudah tercipta. Namun bukankah lebih baik sekiranya demagog membuka skop untuk gabungan demografi yang pelbagai dan politik progresif untuk memberi peluang baharu kepada sistem demokrasi negara. – NST

 

Demagog: Pemimpin politik yang cuba mendapatkan sokongan orang ramai me­la­lui ucapan dan hujahnya yg penuh emosi tetapi tidak munasabah atau tidak rasional. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker