Hiburan

Polis Evo 2 Papar Islam Sebagai Pengganas?

Filem Polis Evo 2 (PE2) belum ditayangkan kepada umum, namun menariknya ia telah menjadi topik paling trending.

Selain daripada mendapat respon positif terhadap filem ini yang diterajui oleh Shaheizy Sam dan Zizan Razak, terdapat juga segelintir yang memberi pandangan sebaliknya.

“Lembaga Penapis Filem telah menonton tapis filem ‘Polis Evo 2’ dan memberi keputusan Lulus Bersih (LB) dengan klasifikasi P13 untuk tayangan pawagam,” menurut kenyataan LPF hari ini.

Related image

Sejak beberapa hari lalu, filem berkenaan menjadi kontroversi susulan perkongsian di media sosial mendesak penonton memboikot filem Polis Evo 2 yang didakwa menampilkan imej umat Islam sebagai pengganas.

Menurut kenyataan itu, filem Polis Evo 2 memaparkan kisah dua pegawai polis yang mengintip pergerakan ketua sindiket pengedar dadah di sebuah pulau.

“Dalam operasi itu, mereka terperangkap dengan insiden serangan kumpulan pengganas yang menawan dan menjadikan penduduk pulau berkenaan sebagai tebusan.

“Secara keseluruhan, filem itu mengisahkan usaha polis untuk membanteras kegiatan jenayah dan menyelamatkan orang awam yang terbabit dalam insiden keganasan yang dipaparkan,” katanya.

Filem arahan Joel Soh dan Andre Chiew itu sudah memperoleh kelulusan tayangan mulai 22 November ini.

Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Datuk Norman Halim berkata, pihaknya percaya filem Polis Evo 2 yang diterbitkan Astro Shaw Sdn Bhd sudah mematuhi garis panduan LPF selain proses pratonton yang 100 peratus sudah dilaksanakan.

Norman berkata, jika timbul pertikaian daripada mana-mana pihak yang belum menonton filem terbabit secara keseluruhan tetapi membuat andaian tertentu, biarlah penonton yang bijak menilaikannya.

“Adalah amat merisaukan penerbit yang lain, jika perkara begini sering berlaku dalam industri perfileman tempatan.

“Penerbit sudah mengeluarkan modal yang besar dan mempromosikan filem saat mula mendapat tarikh tayangan.

“Disebabkan ada pihak yang membuat komen dengan melihat treler filem, semua proses pengeluaran filem terganggu,” katanya.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker