AntarabangsaIsu SemasaTeknologi

J-20 China Lebih Canggih Daripada Jet AS

China telah mempamerkan jet tempur J-20 yang canggih kepada orang awam buat kali pertama di pameran udara terbesarnya. Demonstrasi itu memperlihatkan keunggulan jet  J-20, mengatasi jet pejuang Amerika Syarikat, F-22 dan F-35.

Televisyen China mendedahkan bahawa jet itu dilengkapi dengan “probe” yang boleh ditarik balik di sebelah kanan kokpit, untuk membantu mengekalkan mod senyap pesawat  ketika penerbangan jarak jauh.

Sebelum ini dilaporkan bahawa J-20 menghadapi masalah untuk kekal dalam mod senyap, dan penggunaan “probe” yang boleh ditarik balik berjaya mengatasinya kerana “probe” yang terdedah akan membuatkan J-20 dikesan melalui sistem radar musuh.

Satu lagi ciri untuk membantu J-20 kekal senyap adalah membenarkan empat daripada enam peluru berpandu disimpan di dalam badan pesawat.

Semasa demonstrasi yang dijalankan sempena ulang tahun ke-69 penubuhan Angkatan Tentera Udara People’s Liberation Army,  dua jet pejuang J-20 membuka pintu peluru berpandunya, mendedahkan bahawa setiap jet mempunyai empat peluru berpandu yang disimpan di dalam dan dua lagi berada di kedua-dua sisi pesawat itu.

Related image

Pesawat yang dikenali sebagai “Powerful Dragon” itu mempunyai radius pertempuran 1,100 kilometer, membolehkannya melakukan serangan dan pemintasan jarak jauh.

Dengan keupayaan mengisi bahan bakar melalui aerial, J-20 dapat memanjangkan jangkauannya dan membolehkan China mengendalikan laluan perairan dengan lebih baik.

Ketua pereka J-20 mengatakan bahawa keupayaan tertentu tidak dapat dipamerkan pada pameran udara baru-baru ini, dengan menyatakan bahawa dunia perlu menunggu dan melihat apa lagi yang boleh J-20 tawarkan.

J-20 telah dimasukkan ke dalam unit tempur China pada bulan Februari. Ia telah diuji dalam latihan pertempuran. Walau bagaimanapun, pesawat itu dijangka menerima enjin baru yang akan membolehkannya ‘mencapai potensi penuh’.

Dalam satu kenyataan di laman web People’s Liberation Army pada awal tahun ini, pakar ketenteraan China, Song Zongping berkata jet J-20 akan digunakan terhadap “pesaing yang berani memprovokasi China di ruang udara”.

Kenyataan itu berkata kedatangan J-20 akan mengubah keseimbangan kuasa udara di rantau Asia Pasifik.

“Pada masa lalu, hanya AS dan sekutu-sekutunya seperti Jepun berupaya membina jet pejuang senyap. Tetapi sekarang, monopoli mereka di rantau ini telah dipecahkan oleh J-20,”  lapor laman web tersebut.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker