Sukan

‘Haziq Messi’ Meninggal Dunia Akibat Kanser

Muhamamd Haziq Azeman yang berumur 13 tahun, seorang finalis Kem Bola Astro-Barcelona 2016 menghembuskan nafasnya yang terakhir di Pusat Rawatan Universiti Kebangsaan Malaysia pada hari Khamis.

Dia menghidapi sakit kanser tahap ketiga.

Anak kedua daripada tiga orang adik-beradik, Haziq didapati menghidap penyakit T Lymphoblastic Lymphoma pada bulan Febuari yang lepas, dan kematiannya telah disahkan oleh bapanya, Azeman Md Rashid, 40 tahun.

Haziq yang baru sahaja melaksanakan rawatan kemoterapi pertamanya beberapa hari yang lepas, dan sepatutnya akan menjalani lebih banyak rawatan.

Haziq, yang lebih mesra dengan panggilan Haziq Messi, telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Kota Gelanggi 3 di Jerantut, pahang selepas solat Jumaat.

Sebelum ini, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras itu adalah diantara 16 bakat muda dari Malaysia, Filipina dan Singapura yang telah dipilih untuk menjalani latihan di Barcelona pada bulan Disember 2016.

Haziq mula bermain bola sepak seawal umur 6 tahun, dan bermain utnuk kelab Tunas Lagenda (TLFC) sejak tahun 2013, yang diuruskan oleh bekas bintang kebangsaan, Bakri Ibni.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker