Isu SemasaTempatan

Protes Kes Rogol Ireland: Seluar Dalam Bukti Mangsa Setuju

Protes terus merebak ke seluruh Ireland minggu ini sehingga mencetuskan kempen dalam talian angkara seorang peguam pertahanan menggunakan seluar dalam thong atau G-string seorang gadis berumur 17 tahun di mahkamah sebagai bukti gadis tersebut telah memberi persetujuan dalam kes rogol itu.

Hal tersebut mencetuskan kemarahan ramai wanita dan menyebabkan mereka memaparkan gambar-gambar seluar dalam mereka ke atas talian dengan hashtag #ThisIsNotConsent (#IaBukanKebenaran).

Pesalah merupakan lelaki berusia 27 tahun, namun telah dibebaskan, lapor media Ireland.

“Seorang peguam memberitahu juri untuk ‘melihat cara dia berpakaian’, bahawa dia ‘terbuka untuk bertemu dengan sesiapa’ kerana dia ‘memakai thong bercorak lace'” kata anggota parlimen Ruth Coppinger.

Protes telah berlaku di bandar-bandar Dublin dan Cork serta Belfast di Ireland Utara. Kebanyakkan wanita membawa seluar dalam mereka dan papan yang ditulis dengan ungkapan “Ini bukan persetujuan.”

Penunjuk perasaan menyeru pembaharuan dalam undang-undang pendakwaan rogol Ireland untuk mengharamkan pertahanan pihak pesalah yang mereka katakan mencerminkan budaya menyalahkan mangsa.

Pakaian, serta spray tan dan kontrasepsi, semuanya telah digunakan sebagai bukti persetujuan dalam percubaan rogol baru-baru ini, kata Coppinger pada hari Selasa.

 

Sumber: AFP

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker