Sukan

Harimau Tewas Di Sarang Naga Emas Di Hanoi

Malaysia berkunjung ke sarang the Golden Dragons di Hanoi, dengan harapan untuk mencuri sekurang-kurangnya satu mata.

Tetapi, Vietnam yang menduduki tangga ke-102 dunia, pasukan terbaik di Asia Tenggara, tidak berminat untuk membenarkan Malaysia yang berada di kedudukan ke-169 dunia terlepas begitu sahaja.

Pasukan Vietnam yang tampak bersemangat, yang turut di temani penyokong mereka di Stadium My Dinh, hanya memerlukan 10 minit untuk membolosi pasukan Malaysia menerusi Nguyen Cong Phuong yang menewaskan penjaga gol Khairul Fahmi.

Bagi pemain veteran Khairul Fahmi, yang sebelum ini berjaya menghalang Vietnam pada perlawanan separuh akhir Piala AFF (2010 dan 2014), ternyata tidak mempunyai hari yang baik apabila terpaksa menghadapi serangan baju merah sepanjang malam.

Khairul Fahmi yang berusia 29 tahun itu tewas sekali lagi apabila dia gagal menghalang Nguyen Anh Duc daripada meledakkan bola melepasi dirinya pada minit ke-60.

Buat pertama kali di dalam pertandingan Piala AFF, jurulatih Cheng Hoe memulakankan perlawanan dengan pemain naturalisasi dari Gambia, Mohamadou Sumareh. Tetapi penyerang berusia 24 tahun yang baru sahaja pulih daripada kecederaan hamstring, gagal untuk menyerlah dan terpaksa digantikan dengan Safawi Rasid pada minit ke-57.

Buat Harimau Malaya yang mencatatkan kemenangan ke atas Kemboja (1-0) dan Laos (3-1) sebelum ini, mengalam kekalahan pertama mereka di dalam Kumpulan A.

Walau bagaimanapun, Malaysia masih lagi kekal dilandasan untuk ke peringakt separuh akhir, tetapi mereka perlu menewaskan Myanmar pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan yang akan berlangsung di Bukit Jalil pada hari Sabtu ini bagi memastikan mereka layak untuk mara.

Pada masa yang sama, Myanmar menewaskan Laos 3-1 semalam untuk menduduki tangga teratas Kumpulan A dengan perbezaan jaringan gol, di hadapan Vietnam dan Malaysia.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button