AntarabangsaIsu Semasa

Donald Trump Tidak Peduli Tentang Negara Asia?

Ketiadaan presiden AS Donald Trump dalam dua sidang kemuncak Asia telah menimbulkan persoalan tentang keinginan Amerika untuk menjadi pemimpin di rantau ini, tetapi penganalisis tetap tidak pasti sama ada China bersedia untuk menggantikan peranan itu.

“Sekiranya Asia penting untuk Amerika, kenapa Donald Trump tidak berada di sini?” Diplomat Singapura Tommy Koh bertanya kepada rakan sejawatnya dari Amerika tentang keputusan untuk tidak menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur yang dihoskan oleh Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (Asean) di Singapura dan mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik di Papua New Guinea.

Menurut laporan SCMP, Naib Presiden AS, Mike Pence mewakili Amerika dalam dua acara berkenaan.

“Kepada orang Asia, menghadirkan diri dalam sesuatu mesyuarat adalah penting,” kata Koh, seorang peguam dan duta besar di Kementerian Luar Negara Singapura, pada satu majlis pada hari Rabu di negara itu.

Koh juga mengatakan bahawa banyak rakannya di Asia Tenggara tidak selesa dengan strategi Indo-Pasifik Amerika Syarikat, yang mana matlamat utamanya ialah untuk mengekang China.

“Adakah ia bertujuan untuk mengecualikan negara-negara di rantau ini yang tidak demokratik? Adakah matlamat strategik konsep ini disasarkan untuk mengecualikan China? Kalau begitu kita tidak selesa,” katanya.

Walaupun Koh berkata beliau bercakap dalam kapasiti peribadi dan pandangannya tidak mewakili kerajaan Singapura, kebimbangannya mewakili negara-negara di seluruh rantau ini pada masa yang tidak menentu mengenai peralihan dunia dan pergolakan antara kuasa besar.

“Trump yang tiak muncul dalam dua pertemuan di Asia adalah peluang yang disia-siakan,” kata Huong Le Thu, seorang penganalisis kanan di Institut Dasar Strategik Australia.

“Ia kelihatan seperti Trump tidak komited di rantau ini – sesuatu yang bertentangan dengan tujuan strategi Indo-Pasifik. Bagi saya, ia kelihatan seperti tugas-tugas di Asia hanya diberikan untuk Pence, Mattis, Pompeo dan tidak sampai kepada Trump,” katanya.

Dan sementara ketiadaan Trump dari sidang kemuncak Asia sedang dipersoal, ketiadaan Presiden China Xi Jinping juga turut menimbulkan tanda tanya tentang kuasa besar Asia itu.

“Perlu diingat bahawa presiden China tidak pernah menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur,” kata Aaron Connelly, seorang penyelidik di Institut Antarabangsa untuk Pengajian Strategik di Singapura.

“Negara-negara Asia Tenggara selalu melihat ini sebagai penolakan yang menandakan keengganan Beijing untuk memikul tanggungjawab utama Asean dalam membantu membina institusi serantau,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button