Bisnes & Ekonomi

MaGIC & myHarapan Ingin ‘PUSH’ Belia Golongan B40

Untuk usahawan yang ingin memperluaskan pasaran perniagaan di samping mewujudkan peluang pekerjaan untuk komuniti B40

Pada kebiasaannya, bantuan kewangan untuk para usahawan akan diperoleh melalui agensi kerajaan tetapi dengan adanya Yayasan Amanah Belia (myHarapan), para usahawan mempunyai alternatif untuk mendapatkan dana bantuan daripada badan bukan kerajaan (NGO) ini.

Melalui program ‘Pemangkin Usahawan Sosial Hebat’ (PUSH) yang diperkenalkan oleh Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) bersama-sama myHarapan, usahawan yang ingin memperluaskan pasaran perniagaan di samping mewujudkan peluang pekerjaan untuk komuniti B40 digalakkan untuk mengikuti program ini.

Siapa MyHarapan dan bagaimana MaGIC boleh membantu perniagaan anda?

MyHarapan ditubuhkan untuk membantu orang muda di Malaysia dengan menyokong projek dan inisiatif para belia bagi pembangunan negara.

Namun begitu, badan bukan kerajaan ini lebih memfokuskan penubuhan keusahawanan sosial dengan matlamat untuk melahirkan masyarakat yang lebih berdaya saing seperti yang dilakukan pengasas Grameen Bank di Bangladesh yang diusahakan oleh Profesor Muhammad Yunus, penerima Hadiah Nobel Keamanan yang melahirkan idea untuk menyelesaikan masalah sosial di sana.

MaGIC pula merupakan pusat sehenti yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi meningkatkan daya usahawan dengan memantau prestasi usahawan muda melalui penyediaan pusat inkubator, pendaftaran dan paten harta intelek, prasarana pembiayaan, padanan perniagaan, bimbingan dan kaunseling serta latihan kepada usahawan.

Apa itu keusahawanan sosial?

Berbeza dengan usahawan biasa yang sering mengukur prestasi mereka melalui keuntungan dan perolehan perniagaan, usahawan sosial lebih mengambil kira impak positif yang dihasilkan ke atas masyarakat melalui perniagaan yang dijalankan, tetapi bersama-sama juga mementingkan keuntungan perniagaan.

3 Cara PUSH dapat membantu usahawan muda

Pada 22 November 2018 ini, di MaGIC, Cyberjaya hari terbuka PUSH akan diadakan dari jam 1 hingga 5 petang untuk usahawan dan juga sesiapa yang mahu mencari peluang pekerjaan bagi mengembangkan kemahiran diri.

Antara perkara yang bakal didedahkan pada hari tersebut ialah:-

  1. Bagaimana anda boleh meningkatkan lagi perniagaan melalui model perniagaan francais sosial.
  • Ini membolehkan orang dari kumpulan B40 memiliki perniagaan berkonsepkan seperti francais anda. Dengan ini, bukan sahaja anda dapat meningkatkan lagi pengeluaran perniagaan dan menjana lebih pendapatan tetapi anda juga boleh memberi peluang pekerjaan kepada kumpulan B40 ini.
  1. Peluang memperkenalkan perniagaan untuk mengikuti program PUSH
  • Dengan memberi pengenalan sejauh mana perniagaan anda berada, anda selangkah lagi untuk mendapat dana bagi memperluaskan lagi pasaran perniagaan kerana para pelabur akan berada di sana pada hari tersebut.
  1. Dapatkan latihan untuk menjadi usahawan
  • Dengan mempelajari cara perniagaan orang lain yang hadir pada hari terbuka ini, anda juga pasti akan terinspirasi untuk menjadi seorang usahawan dan mungkin ingin menjadi pemilik perusahaan mikro. Oleh itu, latihan jangka pendek akan diberikan untuk membantu anda menjalankan perniagaan melalui bantuan dari MaGIC dan myHarapan.
  • Latihan ini terdiri daripada cara perniagaan, operasi, pemasaran dan juga latihan kemahiran insaniah.

Perniagaan yang  berjaya melalui program PUSH

  1. Abang Tukang Masak (ATM)
Pemilik Abang Tukang Masak

Perusahaan enterprise yang memberi perkhidmatan catering dan kafe serta beroperasi di kantin ini telah berjaya memberi peluang pekerjaan kepada 13 orang belia daripada golongan B40 dan kini memliki 3 kedai yang beroperasi di Sungai Buloh, Paya Jaras dan Tesco Kepong.

ATM juga memberi peluang meningkatkan kemahiran pekerja dengan memberi latihan selama enam bulan dalam bidang seni kulinari.

 

 

  1. Yuhaso Car Wash
Para belia yang menghadiri latihan di Yuhaso Car Wash

Perniagaan enterprise yang didirikan sejak 2010 ini memberi perkhidmatan membasuh kereta dan perincian kereta. Mereka telah memberi latihan kepada belia B40 dan memberi peluang pekerjaan kepada 10 belia di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Farid Suwardi, pemilik Yuhaso Enterprise beriltizam melahirkan lebih ramai lagi belia yang memiliki kemahiran teknik untuk menjadi pakar perincian kereta.

 

Jika anda berminat untuk mewujudkan jaringan hubungan antara pihak terlibat serta memperluaskan lagi perniagaan anda dengan PUSH jangan lupa hadir di:-

 

Hari Terbuka Pemangkin Usahawan Sosial Hebat (PUSH)

Tarikh: 22 November 2018

Tempat: MaGIC (Malaysian Global Innovation & Creativity Centre)
Masa: 1:00pm – 5:00pm

Masuk adalah PERCUMA

 

Untuk Maklumat Lanjut sila layari : mymagic.my

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker