Bisnes & EkonomiGaya Hidup

Mengapa Chryseis Tan Memilih Jepun Dan Bukannya England Untuk Melanjutkan Pelajaran?

Lahir ke dalam sebuah keluarga kaya memudahkan hidupnya itulah persepsi masyarakat terhadap Chryseis Tan, anak hartawan Vincent Tan yang merupakan pengasas Berjaya Corporation Berhad.

Namun Chryseis Tan mahu membuktikan kebolehannya lebih daripada sekadar ‘anak orang kaya’ dengan melibatkan diri dalam perniagaan ayahnya.

Walaupun dalam akaun sosial Instagram miliknya Chryseis Tan sentiasa mempamerkan kemewahan yang dimilikinya tetapi menurutnya ia hanyalah untuk sekadar suka-suka kerana beliau suka berkongsi gambar cantik tentang percutian dan makanan.

Namun pada masa yang sama beliau menggunakan akaun sosial medianya untuk memberitahu tentang perniagaan yang diceburinya.

Chryseis Tan Juga Ke Pejabat Seperti Orang Lain

Dalam sebuah temubual yang dilakukan oleh South China Morning Post, beliau berkata dia ke pejabat seperti ramai orang tetapi dia tidak mahu berkongsi tentang kerjanya kerana beliau merasakan orang tidak akan menganggap ianya sesuatu yang menarik.

“Apa yang anda lihat, itulah apa yang anda dapat,” ujarnya yang kini menjadi pengarah eksekutif Berjaya Assests Bhd. di mana beliau ditugaskan untuk meluaskan lagi portfolio pelaburan syarikat dan tidak suka bermuka-muka.

Chryseis berkata beliau tidak pernah dipaksa oleh bapanya untuk menceburi bidang perniagaan tetapi apabila sering melihat ayahnya bekerja, beliau secara tidak langsung telah mempersiapkan diri ke dalam syarikat milik ayahnya.

Memilih Jepun Dan Bukannya England Untuk Chryseis Melanjutkan Pelajaran

Chryseis Tan merupakan seorang graduan Universiti Waseda di Tokyo walaupun pada awalnya tidak pernah terlintas untuk belajar di negara matahari tersebut.

“Awalnya saya mahu ke London kerana semua rakan-rakan saya berada di sana tetapi ayah saya berkata ‘Tidak, apa kata awak ke Jepun, awak boleh belajar budaya dan Bahasa yang baharu?’ lalu beliau membawa saya ke Jepun untuk bercuti untuk menunjukkan betapa hebatnya negara tersebut. Saya rasa dia mahu “sogok” saya,” kata Chryseis mengenang masa lalunya.

Apa yang lagi membuat Chryseis bersetuju ialah bapanya telah meyakinkan kawan baiknya untuk memasukkan anak perempuannya ke sekolah yang sama dengan Chryseis.

Jepun Pada Awalnya Sukar

“Pada permulaannya saya tidak sukakan tempat itu. Saya rasa sesak nafas kerana tidak memahami Bahasa Jepun. Pada masa itu tidak ramai orang dari Asia Tenggara mahu belajar di sana. Saya hampir mahu pulang ke tanah air tetapi saya bukannya seorang yang mudah putus asa,” ujar Chryseis.

Akhirnya beliau jatuh cinta dengan Jepun dan kini mengetuai salah satu pelaburan Kumpulan Berjaya di Jepun temasuk hartanah Four Seasons.

Membina Sekolah Di Sabah

Tidak ramai yang tahu Chryseis juga merupakan anggota Yayasan Tzu Chi, sebuah yayasan amal antarabangsa yang mensasarkan bantuan kemanusiaan untuk membantu orang sekiranya terdapat bencana.

Chryseis juga mengambil inisiatif untuk turun ke padang dan suka melakukan kerja amal berkaitan pelajaran. Baru-baru ini beliau ke Sabah untuk menyokong Tzu Chi membina sebuah sekolah untuk kanak-kanak tidak berkerakyatan.

Memiliki Perniagaan Di Luar Berjaya Group

Menurut theedgemarkets, Chryseis yang merupakan pengarah eksekutif Berjaya Assets Bhd, baharu sahaja melancarkan pembukaan Greyhound Café di Malaysia, sebuah francais yang berasal dari Bangkok, Thailand.

Pada masa yang sama, Chryseis juga telah melabur ke atas sebuah portal di atas talian yang menjual barangan fesyen dan kecantikan bernama Goxip; sebuah pelaburan yang tidak ada kaitan dengan perniagaan bapanya.

Menurut portal itu, aplikasi mudah alih yang pertama miliknya telah berjaya mendapatkan pelaburan dari sebuah syarikat di Hong Kong bernama Meitu, sebuah syarikat inovasi dalam bidang teknologi mudah alih termasuk video social, pengeditan gambar dan video melalui aplikasi serta telefon pintar untuk swafoto.

Pelaburan Meitu ke dalam Goxip adalah untuk melebarkan sayap mereka untuk ke pasaran baharu di Asia Tenggara dan memamasuki pasaran pertengahan ke fesyen mewah dan juga jenama kecantikan di seluruh rantau ini.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker