Amerika SyarikatAntarabangsaIsu SemasaPolitik

Kemenangan Wanita Muslim Mengubah Persepsi Islam di AS

Buat kali pertama dalam sejarah Amerika Syarikat, seorang wanita muslim telah dipilih mewakili Kongres apabila Rashida Tlaib mengambil tempat di Kongres Daerah Michigan ke-13 di Dewan Perwakilan Rakyat.

Rashida akan diikuti oleh rakan Demokrat, Ilhan Omar di daerah kongres ke-5 di Minnesota, tempat yang sebelumnya dipegang oleh Keith Ellison, ahli Kongres Muslim pertama.

Dalam satu dekad yang lalu, Keith Ellison dan Andre Carson menjadi dua orang kongres Muslim pertama dalam sejarah Amerika Syarikat. Tidak lama selepas itu, Barack Hussein Obama bertanding untuk menjadi presiden dan ramai yang menyatakan bahawa beliau adalah seorang Muslim secara rahsia.

Tuduhan itu digunakan untuk memfitnah bahawa Obama tidak akan setia kepada negara jika benar beliau seorang Muslim. Walaupun percubaan tersebut akhirnya gagal dalam menyekat Obama memegang jawatan Presiden AS, ia berjaya mengasingkan masyarakat Islam yang sudah lama merasa tertindas selepas peristiwa hitam 9/11.

Mengikut laporan 2017 oleh Institut Dasar dan Persefahaman Sosial (ISPU), 60 peratus daripada Muslim Amerika pernah mengalami diskriminasi agama, lebih daripada kumpulan agama lain di Amerika.

Pada tahun 2017, 42 peratus keluarga Muslim dengan anak-anak di sekolah menengah berkata anaknya dibuli. Lebih malang lagi apabila 1 dalam 4 insiden itu melibatkan guru atau pentadbir sebagai pembuli.

Menurut FBI pula, jenayah kebencian yang mensasarkan umat Islam meningkat sebanyak 67 peratus pada 2015 dan meningkat lagi kepada 19 peratus pada tahun 2016.

Related image

Di samping menjejaskan keselamatan umat Islam di Amerika, jenayah kebencian juga memberi kesan psikologi kepada Muslim muda yang sentiasa menjadi mangsa.

Kebanyakan orang Islam muda sama ada yang belum dilahirkan ketika 9/11 berlaku, atau terlalu muda untuk mengingati peristiwa itu, dibebankan dengan tugas bukan sahaja untuk membuktikan mereka tidak bersalah, tetapi agama mereka juga bukanlah dalang di sebalik keganasan itu.

Beban itu sangat berat sehinggakan ahli politik sanggup mengatasi ketakutan yang tidak rasional mengenai masyarakat Islam untuk memenangi pilihan raya dan kekal berkuasa bagi menjernihkan nama agama yang mereka anuti.

Sebelum dipilih, Rashida Tlaib ditentang dalam perhimpunan kerana mencabar presiden Donald Trump. Sekiranya Ilhan Omar masih menjadi pelarian dari Somalia, beliau akan dilarang memasuki AS atas dasar larangan perjalanan Trump terhadap negara-negara majoriti Muslim.

Tetapi segalanya berbeza selepas pilihan raya pertengahan penggal yang lalu. Sekarang kedua-dua wanita ini boleh mencabar dasar pentadbiran Trump dari dalam dewan Kongres.

Selama bertahun-tahun, umat Islam telah menyaksikan pilihan raya di mana calon bercakap sama ada mereka menyokong atau menentang Muslim, tetapi Muslim sendiri tidak pernah menjadi calon.

Kemenangan ahli kongres Muslim mengubah permainan politik di AS, dan belia Muslim Amerika bukan hanya terasa diraikan tetapi muncul semangat keberanian yang tersendiri dalam jiwa mereka.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button