HiburanIsu SemasaTempatan

Kali ini kostum Miss Universe Malaysia diilhamkan oleh Perahu Bangau

Peserta Miss Universe Malaysia Jane Teoh pasti berharap dapat melepasi pertandingan ratu cantik Miss Universe di Bangkok bulan depan dengan pakaian kebangsaan direka khas yang dinamakan Perahu Bangau.

Pakaian tiga keping bernilai RM7,000 adalah berdasarkan tafsiran artistik ketukangan tradisional Melayu oleh pereka Salleh Hamid.

Salleh, 30, berkata beliau menghabiskan masa enam bulan untuk membuat kostum berdasarkan bot nelayan tradisional, iaitu perahu bangau yang biasa dilihat di pantai timur.

“Saya diilhamkan oleh sejarah dan budaya Melayu yang penuh kaya, keaslian dalam kraf seni pembuatan kapal pada zaman dahulu dan seni Melayu awan larat yang biasa di ukir,” tambahnya.

Beliau berkata kostum itu direka dalam tiga warna menggunakan buih etilena-vinil asetat (ethylene-vinyl acetate foam) dan berharap orang ramai dapat menghargainya.

“Saya sangat gementar disebabkan kritikan terhadap pakaian dalam pertandingan sebelum ini,” katanya.

Walau bagaimanapun, beliau memutuskan untuk memilih burung bangau kerana nelayan percaya ia boleh melindungi mereka semasa mereka bekerja di lautan.

(Tahun lepas Miss Universe Malaysia memakai pakaian yang diilhamkan berdasarkan makanan kebangsaan iaitu nasi lemak, manakala Miss Universe Malaysia 2016 memakai jumpsuit yang memaparkan Menara Berkembar Petronas.)

Teoh, yang mempersembahkan kostum itu semasa pratonton di Myeg Tower semalam berkata dia berasa “sangat baik” memakai pakaian tersebut yang dipadan bersama sepasang kasut enam inci yang direka oleh pereka kasut tempatan, Rhea Tan Yen Yen.

“Saya gembira dan bangga dapat memakai ciptaan cantik ini untuk mewakili negara saya,” kata Teoh, 21.

Untuk kategori gaun malam, model dan pelajar perakaunan itu akan memakai gaun berwarna perak oleh pereka Amar Madfie dan Zeed Jameel, yang jenamanya dikenali sebagai Amaze.

Lebih terperinci, bahagian atas bahu, draping dan siluet mempamerkan hiasan tangan dan jahitan yang rumit.

“Kostum kebangsaan ini kaya dengan budaya Melayu dan gaun malam itu begitu cantik, terima kasih kepada pereka berbakat kami,” kata Teoh.

Pengarah Kebangsaan Miss Universe Malaysia, bekas ratu cantik Datin Elaine Daly, berharap Malaysia akan menang dalam pertandingan tahun ini.

Sumber: The Star

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker