HiburanTeknologi

Jom Pergi Pikachu! Eevee! Permainan Pokemon Terbaru di Switch

Seperti yang ditunggu-tunggu peminat Pokemon, Pokemon: Let’s Go Pikachu! dan Pokemon: Let’s Go Eevee! akan dikeluarkan hari ini.

Permainan ini merupakan permainan Pokemon versi RPG yang dikeluarkan khas untuk Nintendo Switch dan ia dikeluarkan dalam 2 versi: Pikachu dan Eevee.

Jika anda biasa dengan Pokemon X & Y, ia menggunakan konsep yang sama dengan menggunakan 2 Pokemon berlainan dengan beberapa misi yang berbeza.

Di sini terdapat 5 perkara yang anda harus tahu sebelum anda membeli permainan ini:

  1. Sistem berlawan yang berbeza
  • Di dalam permainan ini, pemain tidak lagi bertemu Pokemon lain secara rawak ketika berjalan. Pemain dapat melihat Pokemon dan boleh memilih untuk berlawan atau tidak. Selain itu, sistem balingan Pokeball seperti di dalam Pokemon Go juga diterapkan untuk gaya permainan yang berbeza.
  1. Lebih 150 spesis Pokemon di dalam permainan ini.
  • Menurut pembangun permainan ini, kesemua 151 Pokemon asli Kanto akan terdapat di dalam permainan ini. Beberapa Pokemon dari siri Pokemon X & Y serta Omega Ruby & Alpha Sapphire turut membuat penampilan.
  1. Pokemon dalam Pokemon Go boleh dipindahkan ke Pokemon: Let’s Go
  • Pokemon-Pokemon dari Pokemon Go yang anda pernah tangkap boleh dipindahkan ke dalam permainan ini melalui akaun rasmi Pokemon yang anda ada.
  1. Bertarung dengan pemain lain secara online
  • Pemain dapat berlawan dengan pemain lain menggunakan Pokemon mereka melalui Nintendo Online yang akan dilancarkan kelak.
  1. Konsol edisi khas dan aksesori menarik
  • Nintendo juga mengeluarkan 2 konsol Nintendo Switch edisi khas bertemakan Pikachu dan Eevee bersempena permainan ini. Selain itu, satu aksesori alat kawalan alternatif berupa Pokeball mini juga turut dikeluarkan.
Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker