Sukan

Aidil Sholeh Pukau Jurulatih di Markham

Ketua jurulatih junior kebangsaan, Kwan Yoke Meng telah memuji Aidil Sholeh Ali Sadikin di atas persembahan bertenaganya di Kejohanan Badminton Junior Dunia di Markham, Kanada hari ini (semalam).

Aidil yang merupakan satu-satunya pemain profesional yang dipilih untuk mewakili Malaysia di dalam pertandingan itu, telah berjuang untuk muncul dari belakang, lalu menewaskan Hyeon Seung Park dari Korea Selatan dengan mata 19-21, 21-17, 21-18 sekaligus melangkah ke pusingan keempat.

“Aidil bermain dengan sangat baik apabila menewaskan Seung Park, walaupun dia tewas diset sebelum itu. Aidil membuktikan bahawa dia mampu untuk bertanding dengan pemain-pemain terbaik dunia,” ujar Yoke Meng.

“Semangatnya adalah salah satu kunci kepada kejayaannya. Saya berbangga dengan sikapnya itu.”

Aidil yang bakal menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bulan hadapan, akan menentang Riku Hatano dari Jepun bagi merebut tempat di lapan-terakhir.

Ng Tze Yong juga turut mara ke pusingan keempat apabila menewaskan Lucas Resch dari Jerman dengan mata 21-17, 16-21, 21-13.

Manakala dalam acara perseorangan wanita pula, pemenang pingat emas Olimpik Remaja Goh Jin Wei meletakkan namanya di pusingan keempat setelah mudah menewaskan Zecily Fung dari Australia dengan mata 21-5, 21-6.

Eoon Qi Xuan juga turut mara ke pusingan keempat dalam acara perseorangan, bersama-sama beregu wanita Pearly Tan-Toh Ee dan beregu campuran Chia Wei Jie-Ee Wei.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button