Ibu dan AnakIsu SemasaTempatan

Sunat Di Kalangan Perempuan, Wajib Atau Tidak?

Terdapat pelbagai pandangan berbeza tentang proses sunat (khitan) di kalangan perempuan. Menurut R.AGE terbitan TheStar, sebuah kajian oleh Universiti Malaya yang belum diterbitkan lagi telah menyatakan empat sebab mengapa sunat dilakukan di kalangan perempuan.

  1. Kerana agama (80.4%)
  2. Kerana kebersihan (39.2%)
  3. Kerana budaya (23.4%)
  4. Untuk mengekang daripada kemahuan seksual (16.2%)

Adakah sunat untuk perempuan mendatangkan manfaat dari segi perubatan?

Dr. Maznah Dahlui dari University Malaya yang telah diarahkan oleh kementerian dan WHO untuk melakukan tinjauan terhadap sunat di kalangan perempuan di Malaysia berkata tidak ada sebarang manfaat dari segi perubatan untuk sunat perempuan.

Malah ia mendedahkan bayi kepada risiko yang tidak sepatutnya seperti jangkitan kuman dan lain-lain.

Amalan proses sunat bayi perempuan di Malaysia

Di Malaysia, amalan untuk sunat bayi perempuan dilakukan oleh mak bidan dan adakalanya doktor perubatan. Walau bagaimanapun, proses untuk sunat perempuan mengikut prosedur yang betul tidak pernah dikeluarkan mahupun diajar dalam perubatan.

Menurut Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj, semua orang mempunyai pemahaman masing-masing tentang bagaimana untuk melakukan sunat ke atas perempuan kerana tidak ada penyelarasan latihan seperti yang terdapat untuk proses sunat ke atas laki-laki.

Walau bagaimanapun menurut Dr Harlina,  kebanyakan doktor perubatan sering menjalankan prosedur ini kerana khuwatir bayi-bayi ini akan disunatkan oleh bidan yang tidak menggunakan peralatan yang bersih dan disterilkan.

Bahagian yang dibuang semasa sunat perempuan berlainan kerana tidak ada prosedur yang ditetapkan

Apakah peralatan yang digunakan untuk sunat perempuan?

Menurut seorang mak bidan, peralatan tradisi yang digunakan ialah pisau, benang kuning, bekas berisi beras dan sebotol antiseptik.

Mak Bidan lebih baik daripada ke klinik?

Azizah Daud, 65 yang diwawancara oleh R.AGE berkata di klinik mereka tidak akan membaca doa. Ibubapa lebih memilih mak bidan kerana mereka tahu bagaimana untuk membaca doa supaya bayi tersebut tidak akan diganggu makhluk halus.

Azizah yang dikenali sebagai Mak Su berkata benang kuning digunakan sebagai ‘pelepas’ untuk mengusir makhluk halus dan akan menggunakan mata pisau yang baharu untuk setiap prosedur dan meletakkan antiseptic setelah sedikit daerah di klitoris bayi tersebut dipotong.

Walau bagaimanapun, seorang bidan lain mengaku bahawa dia akan menggunakan mata pisau yang sama dalam satu minggu.

Seorang doktor yang melakukan prosedur sunat untuk bayi wanita disebuah klinik pula berkata dia mempelajari prosedur ini daripada doktor wanita senior yang lain di mana kebanyakan daripada mereka belajar di Mesir.

Sunat perempuan menurut Islam

Menurut Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Fatwa Kebangsaan 2009 menyatakan ianya wajib untuk sunat bagi perempuan dan mengatakan mereka telah mendapat pandangan pakat perubatan dan terdapat panduan tentang prosedurnya di Malaysia.

Walau bagaimanapun, Majlis Fatwa Perlis berkata ia hanyalah sunat untuk melakukan sunat ke atas perempuan. Ini kerana menurut mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, prosedur ini tidak mendatangkan sebarang manfaat yang telah dibuktikan secara perubatan mahupun sains.

Malaysia dikritik kerana mengambil remeh tentang sunat di kalangan perempuan

Di sebuah Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita Konvensyen (CEDAW) oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), ahli majlis tersebut telah menyelar Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia kerana mengatakan prosedur ini “tidak memudaratkan”.

Wakil Cedaw sangat mengkritik hal ini termasuklah wakil dari negara Islam iaitu Bangladesh dan juga Mesir.

Di Mesir yang memegang ajaran Sunnie Syafie menyatakan amalan sunat di kalangan perempuan adalah madhhab di mana ia tidak wajib dilakukan dan akhirnya pada tahun 2007, negara tersebut mengharamkan perbuatan sunat di kalangan perempuan setelah kematian seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang telah meninggal dunia akibat prosedur ini.

Pada 2016, amalan ini telah dikira jenayah oleh badan Islam Mesir, Dar Al-Iftaa dan sekiranya ia tetap dilakukan, mereka boleh dipenjara lima sehingga tujuh tahun atau 15 tahun jika terjadinya cacat atau kematian.

 

Sumber Imej Terencana: BAYI7.com

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker