Sukan

Pengadil Digantung Akibat Gunting, Batu, Kertas

Pengadil David McNamara telah digantung selama tiga minggu oleh Persatuan Bola Sepak (FA) England, selepas membuatkan dua kapten pasukan menentukan siapa yang akan mengambil sepak-mula dengan permainan gunting, batu, kertas, pada perlawanan Liga Super Wanita (WSL), selepas dia terlupa untuk membawa syiling miliknya.

Insiden itu berlaku pada perlawanan di antara tuan rumah Manchester City dan Reading pada 26 Oktober yang lalu, serta melibatkan kapten Steph Houghton dan kapten pelawat Kirsty Pearce.

Balingan syiling bagi menentukan siapa yang akan mengambil sepak-mula adalah satu keperluan di bawah Undang-undang Permainan, tetapi McNamara tertinggal syilingnya di bilik persalinan, lalu meminta kedua-dua kapten untuk bermain gunting, batu, kertas bagi menentukan siapa yang akan memulakan perlawanan, BBC melaporkan.

“Pihak FA telah mengesahkan bahawa pengadil David McNamara telah digantung selama 21 hari, bermula dari Isnin, 26 November, selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan ‘tidak bertindak demi kepentingan permainan’, memetik seorang jurucakap FA.

“Ini berikutan insiden di dalam perlawanan FA WSL di antara Manchester City dan Reading pada hari Jumaat, 26 Oktober yang lalu, apabila dia gagal untuk menentukan pasukan mana yang akan mengambil sepak-mula dengan menggunakan lambungan syiling, seperti yang diwajibkan oleh Undang-Undang Permainan.

McNamara, yang berhak untuk membuat rayuan terhadap hukuman FA itu, akan kembali bertugas pada 17 Disember nanti.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker