Gaya HidupPercutian

10 Tempat Sejarah Hitam Untuk Yang Sudah Bosan Dengan Percutian Biasa

Nak bercuti tapi nak pergi tempat lain daripada yang lain? Star2 mencadangkan anda untuk melakukan Dark Tourism iaitu percutian ke tempat ber sejarah hitam.

Apa itu ‘Dark Tourism’?

Tempat bersejarah hitam ini biasanya ialah tempat di mana kejadian yang biasanya melibatkan kematian sama ada melalui perang ataupun kejadian alam.

Melawat tempat-tempat ini membolehkan kita memahami sedikit sebanyak tentang kesusahan penduduk setempat seperti konflik politik ataupun bencana alam yang mereka terpaksa lalui.

Dan sesetengah muzium ini dikhaskan untuk memberi bantuan kepada keluarga mangsa yang terjejas akibat sejarah hitam yang dilalui.

Walau bagaimanapun, diingatkan jika anda ke tempat-tempat seperti ini, anda haruslah menghormati orang yang terkorban di situ dan mematuhi arahan yang ditetapkan.

Antara tempat Dark Tourism yang anda boleh lawati ialah:-

 

  1. Soedaemun Prison History Hall, Seoul, Korea Selatan

Pengunjung disediakan audio untuk mendengar sejarah penjara yang dibina pada tahun 1907 yang kini dijadikan muzium.

Di sini anda akan melewati bilik penjara yang terdapat patung dipakaikan pakaian penjara dan audio akan memainkan laungan atau jeritan.

Sumber Gambar: http://lovekorea89.blogspot.com
  1. Tai Kwun – Centre For Heritage and Arts building, Hong Kong

Ia pernah menjadi balai polis dan penjara di mana tahanan aktivis politik, pengintip dan perusuh ditempatkan pada zaman pemerintahan British tahun 1960-an.

Bangunan ini juga dikenali sebagai ‘Rumah Putih’ di mana kebanyakan daripada tahanan diseksa dan mati di sini.

Banyak laporan tentang jeritan misteri dan penampakan manusia tanpa kepala dilihat orang di waktu malam.

Sumber Gambar: South China Morning Post
  1. Kota Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah

Sedar atau tidak Malaysia juga pernah dilanda tsunami dan sebuah galeri Tsunami telah dibuka di sini untuk memperingati kejadian dengan pameran gambar-gambar trajedi pahit tersebut.

Terdapat juga sebuah tugu yang dibina daripad 26 perahu nelayan yang hancur akibat tsunami.

Sumber Gambar: ISMA Alor Setar
  1. Khao Lak, Phuket, Thailand

Juga merupakan tempat memperingati sejarah tsunami yang melanda daerah ini. Sebuah tugu dan muzium di bina untuk mengenang mangsa yang terkorban.

Sumber Gambar: The Thaiger
  1. Muzium Tsunami, Aceh, Indonesia

Aceh yang merupakan negeri paling teruk dilanda tsunami juga telah menempatkan sebuah galeri yang cantik bagi memperingati mangsa trajedi 26 Disember 2004 itu.

Muzium ini terdiri daripada 4 tingkat dan apabila anda memasuki bangunan ini, bilik pertama yang dilawati pengunjung adalah ruang pantulan.

Di dalam bilik ini terdapat lorong sempit dan redup pada masa yang sama dapat mendengar bunyi air mengalir bersama dengan suara panggilan untuk berdoa.

Bangunan ini dikatakan mengandungi nilai-nilai agama yang mencerminkan hubungan manusia dengan Tuhan.

Muzium yang dibina oleh arkitek terkenal, Ridhwan Kamil
  1. Anne Frank House, Amsterdam , The Netherlands

Ia merupakan bangunan yang dijadikan muzium sempena Anne Frank, seorang gadis berketurunan Yahudi yang menyorok dari Nazi selama dua tahun bersama keluarganya di dalam sebuah ruangan kecil di dalam rumah tersebut.

Sumber Gambar: timesofisrael.com

Semasa dalam persembunyian, beliau telah menulis dalam sebuah diari tentang kehidupannya selama dua tahun tersebut yang kemudiannya menjadi buku laris terjual, The Diary of Anne Frank.

 

  1. Khmer Rouge Killing Fields, Kemboja

Di sini berjuta orang telah dibunuh dari tahun 1975 sehingga 1979 semasa pemerintahan kejam Pol Pot dan rejim Khmer Rouge.

Jika anda ke sini, anda akan diberi audio berdasarkan pengalaman mangsa yang terselamat tetapi telah melalui seksaan di sini.

Sumber Gambar: CNN.com

Terdapat tugu, taman dan muzium dibina untuk memperingati mangsa pembunuhan beramai-ramai ini.

  1. Tugu Peringatan Perang, Kundasang, Ranau, Sabah

Ia dibina oleh kerajaan Australia untuk memperingati trajedi pahit yang dikenali sebagai ‘Kawat Maut Sandakan’ di mana 6000 orang awam hamba kerahan Indonesia dan tahanan perang pihak Berikat yang ditahan oleh Jepun semasa Perang Pasifik, Perang Dunia II.

Dari keseluruhan tahanan ini hanya 6 yang terselamat apabila setelah diarahkan membina padang terbang dan dipaksa berjalan kaki 250kilometer dari Sandakan ke Kota Kinabalu.

Sumber Gambar: Kajo Mag
  1. Hiroshima & Nagasaki, Jepun

Kejadian pengeboman nuklear pada Ogos 1945 yang dijatuhkan oleh tentera Amerika Syarikat telah membunuh lebih 200,000 orang awam dan beratus ribu lagi terseksa akibat bom atom tersebut.

Kini terdapat dua buah muzium dan A-Bomb Dome yang boleh dikunjungi orang apabila ke sana.

A-Bomb Dome, salah satu tempat peninggalan bom atom yang masih ada sehingga kini. Sumber Gamber: Japan Visitor
  1. Chernobyl, Ukraine

Kejadian di Chernobyl merupakan trajedi yang menyebabkan orang ramai takut dengan tenaga nuklear sehingga kini. Chernobyl merupakan bandar yang terkenal dengan loji tenaga nuklear.

Pada April 1986, jurutera yang ingin melakukan ujian keselamatan telah menyebabkan malapetaka terburuk setelah Hiroshima & Nagasaki.

Kini terdapat pakej pelancongan jika anda mahu mengunjunginya.

Sumber Gambar: Greentourua

Sumber Gambar Imej Terencana: National Geographic

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker