Bisnes & EkonomiTips Kewangan

“Orang Fikir Saya Gila Untuk Memulakan Firma Sendiri” – TS Azman Hashim

Tan Sri Azman Hashim merupakan ikon dalam dunia perbankan bukan sahaja di arena tempatan malah beliau dikenali di seluruh Asia Tenggara.

Beliau merupakan pengerusi eksekutif Kumpulan AmBank dan beberapa anak syarikat di bawah Kumpulan AmBank serta Amcorp Properties.

Anak Jati Kampung Baru

Dilahirkan di Kampung Baru pada Julai 1939 dan dibesarkan di kalangan 13 adik-beradik, Tan Sri Azman berjaya menamatkan sijil persekolahan pada usia 15 tahun selepas  menduduki Peperiksaan Senior Cambridge dan mendapat gred pertama.

Beliau telah ditawarkan perakaunan dengan Biasiswa Rancangan Colombo yang membawanya ke Perth, Australia dari tahun 1955 hingga 1960.

Di Perth, beliau berpeluang bekerja di Messrs O L Haines & Co. (Chartered Accountants) sebelum pulang ke tanah air untuk berkhidmat di Bank Negara Malaysia.

Memecah Norma Orang 50-an Dengan Berhenti Kerja Kerajaan

Pada tahun 1950-an, ramai orang mahu mencari pekerjaan stabil dan berkhidmat di sektor awam.

Sangat jarang untuk orang membuka perniagaan sendiri dan jika ada yang melakukannya, ia merupakan jalan yang sangat sukar untuk mencapai kewangan yang stabil.

Menurut beliau, pada zaman itu, ahli perniagaan dilihat sebagai orang kecil.

“Saya masih ingat lagi ahli perniagaan Melayu yang hebat masa itu ialah yang menjalankan perniagaan stesen minyak – itu adalah sesuatu yang hebat masa itu. Tetapi ramai yang berkata pada masa itu bahawa jika anda seorang ahli perniagaan, anda tidak akan dapat pekerjaan,” cerita Tan Sri Azman kepada Leaderonomics.

“Saya mahu bekerja di sebuah firma perakaunan pada awalnya tetapi persekitaran telah menyebabkan saya bekerja di Bank Negara – itulah pekerjaan pertama saya. Setelah empat tahun, saya rasa ini bukan jiwa saya.

‘Anda mahukan Azman? Langkah mayat saya dahulu!’

“Pada tahun pertama saya, saya sempat berkata kepada timbalan gabenor bahawa saya mahu kembali bekerja ke firma yang pernah saya kerja sebelum ini (semasa saya mendapat biasiswa). Timbalan gabenor itu terus menelefon boss di sana dan berkata ‘Anda mahukan Azman? Langkah mayat saya dahulu!’ Itulah pengakhirannya,” tambah Tan Sri.

Tan Sri Azman bersama isteri dan anak beliau

Empat tahun kemudian, beliau bertemu semula boss beliau dengan penuh keyakinan mahu memulakan firmanya sendiri.

Perkara ini sangat jarang dilakukan tetapi dengan kecekalan dan perkiraan risiko yang telah lakukan, beliau meninggalkan pekerjaan kerajaannya dan memulakan syarikatnya sendiri dengan nama Azman & Co pada Mei 1964 dengan hanya tiga orang iaitu dirinya sendiri, isteri beliau, Tunku Arishah Tunku Maamor dan seorang ‘office boy’.

“Semua orang fikir saya dah gila,” katanya.

Syarikatnya itu kemudiannya membesar dengan 100 orang kakitangan dan dikenali dengan nama Azman Wong Salleh & Co. (Chartered Accountants).

Pada Mei 1971, Malayan Banking Berhad (Kini dikenali sebagai Maybank) telah meminta pertolongan beliau untuk menyelamatkan ‘kapal yang hampir karam’ dan belau dilantik sebai Pengarah Eksekutif dari Jun 1971 sehingga Disember 1980.

Beliau kemudiannya meninggalkan Malayan Banking untuk menyertai Kwong Yik Bank Berhad dari Disember 1980 sehingga Mac 1982.

Dari AMDB ke AMMB ke Kumpulan AmBank

Tahun 1982 merupakan tahun bertuah beliau kerana berjaya membeli 40% Taiping Textiles sebuah syarikat yang tersenarai yang kemudiannya dinamakan Arab-Malaysian Development Berhad atau AMDB.

Pada tahun yang sama, beliau telah membeli Arab-Malaysian Development Bank (kemudiannya dinamakan Arab Malaysian Merchant Bank atau AMMB) dan menjadi pengerusi Kumpulan AmBank sehingga sekarang.

Tips Kempimpinan Tan Sri Azman

Bagi Tan Sri Azman, sebagai seorang pemimpin ia tidaklah hanya berasaskan kemahiran dan cara kerja semata-mata tetapi ia lebih kepada diri anda sebagai manusia dan bagaimana orang lain memandang anda.

Beliau yang pernah dijemput memberi ucapan di hadapan Alumni Harvard di Malaysia berseloroh dan berkata, “Minta maaf semua, saya tidak pernah ke university. Saya tidak ada MBA, saya tidak mengikuti mana-mana guru pengurusan.. saya mengurusnya melalui naluri hati!”.

Tan Sri Azman menambah, “Saya tidak mempelajarinya kepimpinan dan pengurusan melalui buku. Bagi saya, semua orang ialah seorang pemimpin. Jika anda menjadi ketua sebuah kumpulan atau apa-apa pun, bererti anda seorang pemimpin.

Seorang pemimpin dilantik di antara mereka, oleh itu mereka perlu menerima anda sebagai seorang pemimpin.

Oleh itu saya rasa orang menerima saya kerana saya rasa saya baik, saya berbaik dengan orang dengan adil. Saya tiada agenda rahsia kerana ada orang akan mempromosi diri mereka sendiri bukan? Orang seperti ini tidak akan bertahan lama. Oleh sebab ini juga saya telah menjadi pengerusi AmBank selama lebih 30 tahun.”

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker