Sukan

FAM Lancar Projek ACE

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini melancarkan Projek Pemerkasaan Ahli Gabungan (ACE) di mana ia akan menjadi elemen penting dalam rancangan 2019-2030 (F30) yang telah dilancarkan baru-baru ini.

Projek ACE ini bertujuan menaik taraf ahli gabungan mereka dari segi tadbir urus dan juga menumpukan lebih perhatian kepada pembangunan teknikal dan pertandingan.

Presiden FAM Datuk Hamidin Amin berkata projek ini terbahagi kepada tiga tunjang – pengurusan dan pentadbiran, serta pembangunan bola sepak dan pertandingan.

“Tiga tunjang ini adalah keutamaan kami. FAM akan kukuh jika ahli gabungan mereka kuat,” ujar Hamidin.

“Semakin kukuh ahli gabungan kami, makin kukuhlah kami. Sokongan teknikal yang diberikan adalah bertujuan untuk membangunkan pemain dan jurulatih yang berkualiti.

“Dan hanya melalui menyertai pertandingan sahaja mereka ini berpeluang untuk mengasah kemahiran mereka.

“Projek ini terbuka kepada semua ahli gabungan FAM, dan mereka perlu memenuhi beberapa keperluan termasuk menyediakan sebuah pelan strategik, bajet dan kertas kerja yang berkaitan dengan projek ini.”

Hamidin percaya projek ACE ini, yang juga datang daripada ideanya sendiri, menunjukkan keinginan badan bola sepak kebangsaan itu meniru sistem terbaik yang telahpun digunapakai oleh FIFA dan Konfederasi Bola Sepak Asia.

“Turut dimasukkan di dalam Projek ACE ini adalah beberapa rancangan penambahbaikan jangka panjang, termasuklah pembangunan modul pendidikan melalui pensijilan di dalam bola sepak, yang diletakkan di bawah tunjang pengurusan dan pentadbiran,” tambah Hamidin lagi.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker