Sukan

Pengurus Chelsea Pecah Rekod ‘Tak Pernah Kalah’ EPL

Maurizio Sarri memecahkan rekod Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai pengurus baharu tanpa kalah dalam 12 perlawanan berturut-turut.

Kejayaan itu hadir selepas Chelsea terikat seri tanpa jaringan dengan Everton di Stamford Bridge awal pagi tadi.

Rekod itu sebelum ini dipegang pengurus Nottingham Forest, Frank Clark dengan 11 perlawanan tanpa kalah pada musim 1994-1995.

Ini menjadikan Sarri sebagai penanda aras terkini yang mana beliau turut berjaya membantu The Blues mengelak kekalahan ketika bertemu tiga kelab besar iaitu, Arsenal, Manchester United dan Liverpool sebelum ini.

Bekas pengurus Napoli itu turut menjadikan Chelsea satu-satunya kelab besar Eropah yang belum tewas dalam mana-mana kejohanan musim ini.

Siapakah Maurizio Sarri?

Beliau merupakan jurulatih bola sepak yang berasal dari Itali. Beliau memulakan kerjaya sebagai jurulatih pada awalnya hanya sebagai kerja sampingan di mana beliau mempunyai pekerjaan tetap di sebuah bank.

Pada tahun 2005, Sarri mendapat pekerjaan pertamanya sebagai jurulatih profesional di Pescara untuk Serie B.

Pada tahun 2014, beliau dinaikkan pangkat ke Serie bersama Empoli dan setelah mengekalkan pasukannya di tangga teratas, beliau disunting oleh Napoli.

Semasa mengendalikan sebuah kelab di Napoli, beliau telah memenangi beberapa anugerah sehinggalah mendapat tempat kedua di dalam liga pada tahun 2017/18 beliau berpindah ke Chelsea.

Pernah dilanda kontroversi

Pada musim 2015/2016, Sarri pernah bertengkar dengan Roberto Mancini yang pada masa itu merupakan ketua jurulatih Inter Milan pada minit terakhir Coppa Italia. Mancini telah menuduh Sarri mengeluarkan kata-kata berunsur homofobia terhapanya.

Sarri telah menempik pertuduhan tersebut dan berkata “apa yang terjadi di atas padang, harus dibiarkan di padang.”

Sarri dilihat bergaduh mulut dengan Mancini

Walau bagaimanapun, Sarri telah didenda €20,000 dan dilarang mengikuti dua perlawanan Coppa Italia untuk Lega Seria A kerana telah menghina jurulatih pasukan lawan.

Pada tahun ini pula, Sarri juga telah dilanda kontroversi apabila pihak media telah mengkritik beliau yang melahirkan komen sexis terhadap seorang wartawan Titti Improta dari Canale 21. Namun, Sarri telah memohon maaf dan berkata beliau hanya bergurau.

Insiden Mac 2018 di antara seorang wartawan wanita dan Sarri

Apabila dipertanyakan tentang kontroversi yang pernah melanda dirinya, Sarri melahirkan penyesalan dan berkata,” Ini semua adalah kesilapan. Saya rasa orang yang mengenali saya tidak akan berkata begitu – saya bukan homofobia, sexist atau racist. Saya sangat terbuka dan tidak mempunyai sebarang masalah tentang ini. Saya berharap saya akan dapat membuktikannya setelah bekerja di sini (Untuk Pasukan Chelsea) dan tinggal di sini.”

Show More

Related Articles

Back to top button