Teknologi

Binaan Terbaik Menerusi Apple iPad Pro 2018

Sejak kebelakangan ini Apple dilihat memberi fokus kepada pasaran iPhone. Namun, bagi peminat iPad, Apple turut memperkenalkan peranti terbaru iPad menerusi iPad Pro.

Binaan iPad dilihat mampu menyokong kerja-kerja berat dan multitasking yang seakaan sama dengan Mac Book namun ia dibina di dalam saiz dan kapasiti yang sedikit kecil.

  • Fungsi Naik Taraf Yang Baik

Antara ciri-ciri yang menjadi perhatian adalah penggunaan cip terkini A12X Bionic dengan CPU 8 dan GPU 7 teras. Dengan kata lain, pengguna sudah boleh menggunakan aplikasi berat seperti Photoshop atau CAD dengan lancar berbanding iPad sebelumnya yang sukar untuk digunakan.

Storan juga divariasi sehingga 1TB dan memori 6GB RAM sesuai untuk menyimpan data-data yang besar.

  • 2 Jenis Skrin Sebagai Pilihan

iPad Pro dikeluarkan pada 2 jenis pilihan saiz skrin; 11 inci dan 12.9 inci dengan bezel yang lebih nipis berbanding iPad sebelumnya. Ia juga mempunyai fungsi Face ID untuk membuka kunci iPad seperti iPhone X.

  • Penggunaan USB-C Buat Pertama Kali Di Dalam iPad

Apple memperkenalkan penggunakan USC type C yang dikatakan sangat memudahkan pengguna. Dengan ciri ini, peralatan lain boleh digunakan secara terus pada iPad Pro tanpa menggunakan dongle khas. iPad Pro juga boleh disambungkan kepada monitor komputer menggunakan USB ini dengan resolusi sehingga 5K.

iPad juga dijelaskan mempunyai fungsi pengecasan pantas yang boleh mengecas peranti dengan lebih pantas berbanding lighting port.

Jika dilihat di atas kertas, binaan iPad Pro sangat menepati fungsi dan citarasa pengguna peranti mudah alih dengan spesifikasi terbaik yang memudahkan. Selain kapasiti dan prestasi yang dipertingkatkan, penggunakan USB-C dapat membantu dengan lebih banyak.

iPad Pro kini dijual pada harga bermula RM3,499 hingga RM7,349 bergantung kepada variasi storan dan saiz.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker