FesyenGaya Hidup

Thread Memudahkan Lelaki Untuk Berfesyen

Thread mempunyai lebih daripada satu juta pelanggan yang mendaftar untuk perkhidmatannya, yang mengambil beberapa butiran tentang citarasa fesyen pengguna, kemudian menggunakan maklumat tersebut untuk mencadangkan pakaian baru.

Thread menggunakan campuran algoritma komputer dan kepakaran “stylist” sebenar untuk mempelajari tentang citarasa fesyen pelanggannya dan mengesyorkan pakaian yang sesuai untuk mereka.

Apabila pelanggan membeli lebih banyak pakaian melalui aplikasi itu, algoritma Thread mempelajari lebih lanjut mengenai apa yang pelanggan suka dan membuat cadangan baru dengan sewajarnya.

Ia juga turut mengambil kira pakaian yang pelanggan klik tetapi tidak membelinya, apa yang telah mereka layari, dan keadaan cuaca semasa.

Idea ini adalah untuk membantu lelaki yang tidak suka membeli-belah di kedai fizikal. Jenama terkenal seperti Barbour dan Hugo Boss juga boleh didapati melalui perkhidmatan ini.

Thread menggunakan khidmat 10 orang “stylist” yang mengurus pakaian dan menulis mesej peribadi kepada pelanggan. Tetapi kebanyakan cadangan dikendalikan oleh algoritma komputer yang berfungsi seperti algoritma Spotify yang mencadangkan muzik.

Ketua eksekutif Thread, Kieran O’Neill berkata suku daripada pengguna Thread membeli semua pakaian mereka melalui perkhidmatan itu.

Walau bagaimanapun, Thread pada masa ini hanya tersedia untuk pembeli lelaki di UK, tetapi O’Neill berkata mereka turut merancang untuk memperkenalkan pakaian wanita dalam aplikasinya pada masa akan datang.

Image result for thread fashion

Ia telah mengambil masa hampir empat tahun untuk mendapatkan aspek pembelajaran mesin yang betul.

“Kami harus mencipta sesuatu yang dapat memahami apa yang anda gemari … dan faktor dalam pilihan individu, ditambah dengan keadaan cuaca dan barangan yang anda sudah miliki.”

O’Neill menambah bahawa kebanyakan pelanggan Thread berusia di antara 25 dan 45 tahun. “Saya terkejut asas pelanggan mencakupi pelbagai umur,” katanya.

“Saya fikir hanya lelaki yang muda yang menitikberatkan fesyen, ternyata ramai lelaki antara 25 dan 45 mahu berpakaian dengan baik dan tidak suka membeli-belah.”

Thread telah menaikkan $ 22 juta (£ 16.7 juta) dalam modal untuk mengembangkan keupayaan teknikalnya dan untuk menyusun langkah sebagai jenama tersohor kelak.

“Sebab utama yang kami berjaya adalah kerana pelanggan yang setia dan kami lakukan yang terbaik hanya untuk anda. Kami tidak melakukannya untuk mendapatkan keuntungan wang tambahan,” kata O’Neil.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker