Bisnes & EkonomiIsu SemasaTempatan

Skim Pendanaan Awam Hartanah: Inovatif Tapi Berisiko?

Rancangan untuk menyelesaikan isu kemampuan membeli rumah dalam kalangan pembeli rumah kali pertama menggunakan platform pembiayaan orang ramai sebagai sumber alternatif pembiayaan, telah disambut dengan rasa ingin tahu dan keraguan.

Persatuan Penilai, Pengurus Hartanah, Ejen Hartanah dan Perunding Harta di Sektor Swasta Malaysia (PEPS) berkata idea itu adalah inovatif kerana merupakan gabungan teknologi dan pembiayaan baru. Tetapi beberapa soalan awal dan relevan telah muncul.

“Jika pembeli mempunyai masalah membayar 10% bayaran pendahuluan, ia akan menjadi satu cabaran bagi mereka untuk mengeluarkan 20% daripada harga belian.

“Jadi, adakah pembeli akan mendapat pinjaman untuk 20% ini?” Tanya Ketua Pegawai Hal Ehwal Semasa, penyelidikan dan komunikasi PEPS, Datuk Siders Sittampalam.

Siders berkata walaupun idea itu mungkin inovatif dan kreatif, keseluruhan cadangan seolah-olah bergantung kepada peningkatan harga hartanah semata-mata.

“Dalam tempoh 10 hingga 15 tahun, harga hartanah juga boleh mengalami penyusutan dan kekal rendah untuk jangka masa yang panjang. Hal ini turut berlaku di negara kita.

“Adakah pemaju menjaminkan pulangan kerana keseluruhan cadangan seolah-olah bergantung kepada peningkatan harga hartanah sahaja?,” kata Siders, yang juga bekas presiden PEPS.

“Juga, apakah yang akan menjadi pulangan, sekiranya kitaran harga menurun dalam dana ini? Sekiranya harga rumah turun, akan ada pihak yang rugi,” kata Siders.

Jadi soalan seterusnya ialah, siapakah pemenang sebenar dalam skim ini? Adakah pemaju, pembeli rumah atau pelabur?

Seperti yang didedahkan, platform pendanaan ramai FundMyHome.com adalah platform yang didorong oleh pihak Edge Media Group.

Sumber berkata ia adalah idea yang berani dan walaupun ia akan membantu rakyat Malaysia memiliki hartanah, skim ini adalah “risiko baru yang belum pernah dicuba”.

Sumber itu menegaskan bahawa idea pendanaan orang ramai tidak seharusnya digunakan sebagai alat untuk menyelesaikan masalah rumah kediaman negara yang berjumlah kira-kira RM22 bilion dan tidak seharusnya digunakan sebagai alat untuk menyelesaikan harga rumah yang tinggi di negara ini.

Seperti yang dilaporkan The Star, di bawah skim ini, pembeli boleh memiliki hartanah dengan membayar 20% daripada harga.

Baki 80% dibiayai oleh institusi yang mengambil bahagian, iaitu Maybank dan CIMB, yang kemudiannya berkongsi pulangan daripada perubahan nilai masa depan harta tersebut.

Ini akan membolehkan lebih banyak orang untuk memiliki rumah dengan bayaran minimum, yang boleh dibayar dengan simpanan, pinjaman atau pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka.

Selepas lima tahun, pembeli rumah boleh memilih untuk menjual atau mengekalkan pemilikan. Mereka yang memilih untuk kekal boleh terus membiayai semula rumah mereka melalui FundMyHome.com, atau dengan gadai janji bank biasa.

Ini adalah kali pertama negara melancarkan skim yang menghubungkan pembeli dan pelabur institusi.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker