Sukan

Manchester City Segan Diberi Sepakan Penalti Kerana Tersadung

Perlawanan di antara Manchester City menentang Shakhtar Donetsk telah memperlihatkan sepakan penalti yang tidak seharusnya diberikan kepada pemain.

Pengurus Pasukan Manchester City

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengaku bahawa sepakan penalti yang diberikan kepada Raheem Sterling tidak sepatutnya berlaku.

Ia justeru menyebabkan Pep Guardiola menekankan peranan VAR dalam permainan untuk membantu pengadil membuat keputusan.

Semasa perlawanan City menentang Shakhtar Donetsk, pengadil Hungary, Viktor Kassai telah menuding jari ke arah di mana Raheem Sterling telah tersadung dengan sendirinya akibat tersepak tanah.

Penjaga gol Shakhtar, Andriy Pyatov kelihatan tidak percaya dengan keputusan pengadil Viktor Kassai’s

City telah mendahului lawan dengan 1-0 melalui sepakan David Silva pada ketika itu.

“Kami tidak suka untuk menjaringkan gol dalam situasi seperti itu tetapi dia tidak menyedarinya,” kata pengurus berbangsa Sepanyol itu.

Guardiola berkata Sterling seharusnya memberitahu pengadil tentang situasi sebenar.

“Anda tahu VAR dan apa kelebihannya – pengadil perlu dibantu kerana mereka juga tidak mahu melakukan kesilapan. Mereka mahu melakukan persembahan terbaik tetapi perlawanan bola adalah sangat cepat dan pemain semakin berkemahiran tinggi.

Ia mengambil masa tiga sehingga empat saat untuk membuat keputusan sama ada untuk memberikan sepakan penalti atau tidak”

Pengurus pasukan Shakhtar Donetsk, Paulo Fonseca

Pengurus pasukan Shakhtar Donetsk, Paulo Fonseca pula berkata ia sebuah keputusan yang ‘mengarut’.

“Semua melihatnya, tetapi bukan kerana sepakan penalty tersebut kami kalah dalam perlawanan itu.”

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker