Teknologi

Inovasi Telefon Dengan Skrin Lipat Samsung

Dalam minggu ini, Samsung telah memperkenal peranti terbaru dengan konsep yang berbeza pada masa kini.

Ia bukanlah pengumuman telefon berspesifikasi hebat atau peranti berkamera canggih – namun ia adalah pengumuman telefon dengan skrin yang boleh dilipat.

foto oleh: CNET

Setakat ini Samsung masih memastikan produk ini sesuatu yang istimewa dan sungguh misteri. Namun khabar again menyatakan ian bakal dinamakan Galaxy X atau Galaxy F.

Teknologi ini diperlihatkan di dalam satu acara memiliki 2 skrin berbeza – satu skrin di hadapan dan satu lagi dengan saiz berganda di dalamnya. Biarpun ianya skrin lipat, namun peranti ini akan menggunakan AMOLED skrin bagi paparan yang lebih cantik dan terperinci.

Beberapa perkara telah dijelaskan Samsung di dalam acara ini antaranya teknologi ini dipanggil Infinity Flex Display, di mana skrin bersaiz 7.3 inci tidak memberikan kesan lipatan jelas yang mampu menganggu paparan skrin.

foto oleh: CNET

Disebabkan ia mempunyai skrin luar dan dalam, sekiranya anda sedang menggunakan skrin di luar, paparan yang sama akan keluar apabila anda membuka skrin dalam; namun ia akan lebih besar.

Beberapa pihak menyamakan peranti ini dengan ZTE Axon M, namun Samsung menjelaskan ianya berbeza kerana skrin pada peranti terbaru ini berada di dalam dan tiada penghalang antara skrin seperti yang terdapat pada Axon M.

foto oleh: CNET

Mengenai tentang spesifikasi pula, peranti ini mempunyai kadar yang sama seperti Samsung Note 9. Dengan itu ramai yang menjangkakan peranti ini mampu mencapai 2 kali ganda harga pasaran Samsung Note 9 kerana teknologi skrin berganda tersebut.

Walau bagaimana pun, tiada kata putus dari pihak Samsung mengenai spesifikasi, harga malah tarikh tetap bila ia akan berada di pasaran. Adakah peranti ini mencapai jangkaan peminat gajet? Sama-sama kita nanti.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker