Teknologi

China Perkenalkan Pembaca Berita AI Pertama Di Dunia

Agensi berita China, Xinhua minggu ini memperkenalkan ahli bilik berita terbaharu, iaitu pembaca berita AI yang akan melaporkan “tanpa henti” sepanjang hari dan untuk setiap hari, dari mana-mana negara.

Penonton di China disambut dengan versi digital pembaca berita utama Xinhua bernama Qiu Hao. Pembaca tersebut, memakai tali leher merah dan sut bercorak garis-garis, dan menyampaikan berita seiras dengan pergerakkan pembaca berita tersebut.

Xinhua juga membangunkan AI berbahasa Inggeris, yang berdasarkan penyampai berita lain: “Pembangunan industri media memerlukan inovasi yang berterusan dan integrasi yang mendalam dengan teknologi canggih antarabangsa … Saya berharap dapat membawa pengalaman berita terbaharu kepada anda.”

Dibangunkan oleh Xinhua dan enjin carian China, Sogou, pembaca berita itu dibangunkan melalui pembelajaran mesin untuk mensimulasikan suara, pergerakan wajah, dan gerak isyarat pembaca berita sebenar, untuk membentangkan “imej yang hidup berbanding imej robot,” menurut Xinhua.

Walaupun China adalah rumah kepada beberapa syarikat teknologi terbesar di dunia dan mempunyai kira-kira 800 juta pengguna internet, internetnya adalah salah satu yang paling terkawal di dunia.

Ramai pihak bimbang China akan beralih menjadi sebuah negara polis digital yang memantau aktivis, atau etnik minoriti di kawasan seperti Xinjiang, serta rakyat lain.

Menurut Xinhua, teknologi AI tidak terhad kepada penyampaian berita. Sistem ini boleh disesuaikan untuk industri lain. Wang Xiaochuan, ketua Sogou, memetik Uncle Kai sebagai contoh, iaitu satu aplikasi membaca yang popular. “Pada masa akan datang, ibu bapa boleh menggunakan AI untuk membaca kepada anak,” katanya dalam temu bual.

Video pembaca berita tersebut terus menjadi tular di media sosial China, dan sementara ramai yang kagum, ramai juga menyuarakan rasa takut. “Sedikit mengerikan,” kata seorang penonton, dan satu lagi pengguna berkata: “Sungguh menakutkan.”

Sumber: Guardian

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker