Amerika SyarikatIsu SemasaPolitik

Pilihan Raya Pertengahan Penggal AS Beri Tamparan Hebat Kepada Trump

Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) kini tidak lagi didominasi oleh satu parti, berikutan kemenangan luar biasa Demokrat di dalam Dewan Perwakilan pada Pilihan Raya Pertengahan Penggal baru-baru ini.

Ini sekali gus memberi tamparan hebat kepada Presiden Donald Trump serta anggota-anggota Republikan yang lain.

Walaupun pengaruh Trump yang kuat di kawasan-kawasan pedalaman berjaya mengekalkan kedudukan Republikan di dalam Dewan Senat, para pengundi di kawasan bandar dan pinggiran bandar di seluruh negara menghantar ‘mesej’ yang jelas kepada Rumah Putih, iaitu mereka mahu agar presiden disiasat.

Apabila barisan Kongres (dalam Dewan Perwakilan) baru mengangkat sumpah pada bulan Januari ini, Demokrat akan mempunyai kuasa untuk menghalang ‘cita-cita’ Trump dan memulakan siasatan terhadap dakwaan salah laku yang dilakukan oleh beliau dan pentadbirannya.

“Pada malam ini, rakyat Amerika telah menuntut kebertanggungjawaban daripada kerajaan dan menghantar pesanan jelas apa yang mereka mahu daripada Kongres.

“Presiden (Trump) mungkin tidak akan menyukainya, tetapi beliau dan pentadbirannya akan dipertanggungjawabkan kepada undang-undang dan rakyat Amerika,” kata Jerrold Nadler, Wakil Kongres (Demokrat) New York menerusi akaun Twitternya.

Selepas berjaya mendominasi Dewan Perwakilan selepas tempoh 8 tahun menjadi puak minoriti, Demokrat berhasrat untuk mengambil alih pentadbiran Rumah Putih menjelang tahun 2020, namun pada masa yang sama, mereka perlu menunjukkan minat untuk mentadbir secara jelas.

 

Sumber: The New York Times

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker