Gaya HidupMakan & Minum

Hidangan Tradisional Popular Dalam Perayaan Deepavali

Disambut oleh orang Hindu, Sikh dan Jain, Deepavali adalah salah satu perayaan paling penting dalam budaya India dan sesuatu perayaan tidak lengkap tanpa beberapa hidangan tradisional.

Dari hidangan manisan yang lazat kepada makanan utama yang  terkenal, berikut adalah beberapa makanan yang dimakan dalam perayaan lima hari, yang bermula pada 6 November tahun ini.

Mithai

Manisan dan makanan pencuci mulut India dipanggil mithai dan merupakan bahagian utama perayaan Deepavali. Kebanyakan Mithai adalah makanan goreng yang dibuat daripada gula, tepung kacang dal dan susu pekat.

Manisan ini berbeza antara kawasan tetapi kebanyakannya termasuk balushahi, pemanis mulut seperti donat, laddoo dan barfi.

Mithai boleh dimakan bersama hidangan lazat yang lain atau dimakan begitu sahaja sebagai makanan ringan. Adalah adat untuk bertukar-tukar hiangan mithai antara keluarga dan rakan-rakan semasa Deepavali.

Chivda

Makanan ringan adalah bahagian penting dalam menu Deepavali dan kebanyakannya datang dalam bentuk chivda, campuran rempah Bombay yang terdiri daripada pelbagai bahan kering, seperti kacang tanah, kacang dal, bawang goreng dan lentil goreng.

Kadang-kadang, ia dimakan sebagai sebahagian daripada hidangan tetapi kebanyakan masa ia dinikmati sendiri sebagai makanan ringan.

Lapsi Halwa

istock-513595792.jpgHidangan manis ini sering dimakan pada hari pertama Deepavali dan dibuat dari gandum bijian kasar, yang kemudian dimasak dengan mentega dan dimaniskan dengan gula dan serbuk buah pelaga.

Ia sangat popular dan sering dihidangkan dengan kari kacang panjang, kerana kekacang dianggap mewakili umur panjang.

Aloo Tikki

istock-924512714.jpg“Patty” kecil dan digoreng ini dibuat dari kentang yang dicincang dan biasanya dihidangkan bersama sos tempatan, seperti sos asam jawa dan sos pudina.

Alo Tikki mempunyai rasa seperti pancake kentang dan biasanya rangup di luar dan lembut di bahagian dalam, menjadikan mereka makanan tradisional India yang sangat menarik.

Samosa

istock-181073533.jpgWalaupun samosa dimakan sepanjang tahun, ia cukup popular ketika perayaan Deepavali. Pastri ini biasanya datang dalam bentuk segitiga dan disumbat dengan daging cincang, lentil atau sayur-sayuran.

Kerana Deepavali meraikan kemanisan kehidupan, samosa versi manis sering dibuat pada musim perayaan, yang mengandungi bahan-bahan seperti kelapa, pelaga dan gula.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker