SukanTeknologi

WWE Bertarung Di Dalam Arena League of Legends

League of Legends merupakan permainan MOBA (multiplayer online battle arena) yang sudah lama popular di kalangan gamers seluruh dunia.

Tidak terkecuali, ia juga merupakan permainan yang diminati bintang-bintang gusti WWE.

Austin Creed atau lebih dikenali sebagai Xavier Woods merupakan youtuber permainan video UpUpDownDown mengambil kesempatan ini mengadakan pertandingan mini League of Legends bersempena NXT TakeOver: WarGames II pada 17 November ini.

WWE vs NXT: League of Legends merupakan perlawanan melibatkan 2 pasukan yang diketuai seorang pemain profesional dan 4 bintang WWE di dalam pasukan.

Pemain dan bintang WWE yang bertanding adalah:

  • Pasukan NXT:
  1. Tyler1 (pemain profesional)
  2. Adam Cole
  3. Johnny Gargano
  4. Dakota Kai
  5. Shayna Bayzler
  • Pasukan WWE:
  1. Imaqtpie (pemain profesional)
  2. Seth Rollins
  3. Cesaro
  4. Tyler Breeze
  5. Ruby Riot

Walaupun bintang-bintang WWE sangat terlatih di dalam gelanggang gusti, malah ramai dari merupakan peminat tegar permainan video seperti Seth Rollins, AJ Styles dan Kofi Kingston.

Pertandingan ini juga merupakan ‘perlawanan persengketaan’ Tyler1 dan Imaqtpie yang sering bertemu di beberapa kejohanan League of Legends.

WWE vs NXT: League of Legends ini akan disiarkan di channel youtube UpUpDownDown pada 17 November ini.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker