Isu SemasaTempatan

Keupayaan Tentera Malaysia Setanding Dengan Pasukan Pertahanan Berkelas Dunia

Keupayaan tentera Malaysia pada masa ini adalah sama taraf dengan pasukan pertahanan di negara-negara berkelas dunia yang lain.

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi dalam satu sesi temubual khas bersama Bernama pada minggu lepas.

“Tentera Malaysia terkenal di luar negara, kehadiran kami amat dijangka oleh komuniti antarabangsa,” katanya.

Demi memasitikan keberkesanan tentera, keupayaannya sentiasa dipertingkatkan menerusi ilmu pengetahuan taktikal yang terkini termasuk penggunaan teknologi-teknologi canggih untuk mempertahankan negara, selaras dengan keperluan semasa.

“Tentera kini dilengkapi dengan teknologi canggih yang boleh digunakan dalam apa-apa situasi,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Ahmad Hasbullah yang pernah menjalani latihan di Officer Cadet School di Portsea, Australia, turut menekankan pendekatan menerusi kepimpinan serta pembangunan pembelajaran dalam usaha meningkatkan kecekapan kakitangan dan pegawai tentera mengikut keperluan semasa.

Beliau juga mempercayai bahawa melabur dalam pembangunan modal insan adalah penting dalam melahirkan pasukan tentera berkelas dunia generasi baru.

Tambahnya lagi, kakitangan tentera juga perlu dilengkapi dengan bidang kepakaran yang sesuai dengan pangkat mereka.

“Kita melaksanakan pelbagai kursus pekerjaan dan fungsian bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan berkesan mengikut pangkat masing-masing,” kata Ahmad Hasbullah.

Ujar beliau, kakitangan tentera juga perlu fokus terhadap latihan kerana menerusinya, mereka akan mendapat kemahiran dan bersedia untuk melakukan tugasan.

Tanpa latihan, mereka akan ketinggalan di belakang.

“Kita boleh melakukan kesilapan ketika latihan tetapi tidak dalam situasi sebenar memandangkan ia melibatkan nyawa dan kedaulatan negara.

“Selain itu, tentera mempunyai mempunyai sistem tadbir urusnya tersendiri yang perlu dipatuhi. Kami juga memberi penekanan ke atas kesejahteraan kakitangan tentera dan kami menggunakan nasihat yang diberi oleh Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin sebagai panduan kami,” jelasnya.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker